Page 372 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 372

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    Jadual kedua, bahagian III—(samb.)
                           2.  Perkataan “atau di bawah Perlembagaan Negeri Singapura atau mana-mana undang-
                              undang  terdahulu  yang  berhubungan  dengan  kewarganegaraan  Singapura”  yang
                              terdapat selepas “Perlembagaan ini” dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat
                              kuasa dari 09-08-1965.
                         Seksyen 17
                           Seksyen ini yang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari
                           16-09-1963,  menggantikan  seksyen yang  dahulu yang berbunyi seperti yang berikut:
                              “17.  Berhubung dengan seseorang yang tidak sah taraf, Perkara 14 dan 15 hendaklah
                              berkuat  kuasa  seolah-olah  sebutan  mengenai  bapanya,  dan  Fasal  (2)(c)  Perkara  14
                              seolah-olah sebutan mengenai ibu atau bapanya itu, telah digantikan dengan sebutan
                              mengenai  ibunya  dan  seolah-olah  seksyen  19  jadual  ini  telah  ditinggalkan;  dan
                              sebutan  dalam  Perkara  15  dan  jadual  ini  mengenai  ibu  atau  bapanya  hendaklah
                              ditafsirkan  dengan  sewajarnya”.
                         Seksyen 18
                           Perkataan “Fasal (3)” dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa
                           dari 16-09-1963, yang juga menggantikan perkataan “Perkara itu dan jadual ini” dengan
                           “Fasal  itu dan seksyen 9 Bahagian ini”.
                         Seksyen 19
                           1.  Ayat yang terakhir ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa
                              dari 16-09-1963.
                           2.  lihat seksyen  17.
                         Seksyen 19a,  19b &  19C
                           Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 24(2), berkuat kuasa  dari  16-09-1963.
   367   368   369   370   371   372   373   374   375   376   377