Page 386 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 386
201 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keenaM]
Jadual keenam
[Perkara 43(6), 43b(4), 57(1a)(a), 59(1), 124, 142(6)]
Bentuk Sumpah dan Ikrar
1. Sumpah jawatan dan Taat Setia
“Saya, ............................................................, setelah dipilih (atau dilantik)
memegang jawatan ............................................................... dengan sesungguhnya
bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan
kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa
saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan
memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”
(CATATAN—Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, selain Ketua Hakim
Negara, seseorang hakim Mahkamah rayuan atau seseorang hakim Mahkamah
Tinggi atau seseorang pesuruhjaya kehakiman hendaklah menggunakan
perkataan “kewajipan-kewajipan kehakiman saya dalam jawatan itu” sebagai
ganti perkataan “kewajipan-kewajipan jawatan itu”.)
2. Sumpah sebagai ahli Parlimen dan Sumpah Taat Setia
“Saya, ........................................................................................, setelah dipilih
(atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan rakyat (atau Dewan Negara) dengan
sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan
kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala daya upaya
saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia,
dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”
3. Sumpah Simpan rahsia
“Saya, ..............................................................................., dengan sesungguhnya
bersumpah (atau berikrar) bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan
kepada mana-mana orang sama ada secara langsung atau secara tidak langsung
apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya
ketahui sebagai seorang ................................................................... kecuali
sebagaimana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sewajarnya
kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin
dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong.”

