Page 388 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 388

202                 Perlembagaan Persekutuan                [jaDual
                                                                                ketujuh]


                                              Jadual  ketujuh
                                                [Perkara  45]
                                      Pemilihan Ahli-Ahli  Dewan  Negara

                    1.  (1)  (Dimansuhkan).
                      (2)  Setiap kali berlaku kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara yang
                    dipilih  oleh  Negeri,  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  memberikan  notis
                    kepada raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu bahawa seorang ahli
                    Dewan  Negara  dikehendaki  dipilih,  dan  raja  atau Yang  di-Pertua  Negeri  itu
                    hendaklah menghendaki Dewan Undangan memilih seorang ahli Dewan Negara
                    dengan  seberapa  segera  yang  boleh.

                    2.  (1)  Nama  calon  untuk  dipilih  hendaklah  dicadangkan  dan  disokong
                    oleh  ahli-ahli  Dewan  Undangan  dan  ahli  yang  mencadangkan  atau  ahli  yang
                    menyokong  itu  hendaklah  mengemukakan  suatu  pernyataan  secara  bertulis,
                    ditandatangani  oleh  orang  yang  dinamakan  itu  bahawa  dia  bersetuju  untuk
                    berkhidmat  sebagai  ahli  Dewan  Negara  jika  dipilih.

                      (2)  Apabila semua penamaan telah diterima, pegawai pengerusi hendaklah
                    mengumumkan nama orang yang dinamakan itu mengikut susunan abjad dan
                    kemudiannya  hendaklah  mengemukakan  nama  mereka  mengikut  susunan  itu
                    untuk  diundi.

                      (3)  Setiap ahli yang hadir berhak mengundi sebanyak bilangan calon yang
                    ada mengikut bilangan kekosongan yang akan diisi, dan nama ahli yang mengundi
                    setiap calon hendaklah direkodkan; dan jika mana-mana ahli membuang undi
                    sebagai  tambahan  kepada  undi  yang  dibenarkan  oleh  subseksyen  ini,  maka
                    undi  itu  adalah  tidak  sah.

                      (4)  Pegawai  pengerusi  hendaklah  mengisytiharkan  sebagai  terpilih  calon
                    atau  calon-calon  yang  mendapat  bilangan  undi  yang  terbanyak,  tetapi  jika
                    dua  orang  calon  atau  lebih  mendapat  bilangan  undi  yang  sama  banyak  dan
                    bilangan calon itu lebih besar daripada bilangan kekosongan yang akan diisi,
                    maka  pemilihan  calon  itu  hendaklah  ditentukan  dengan  cara  cabut  undi.

                    3.  Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen 2, jika suatu kekosongan yang
                    disebabkan  oleh  habis  tempoh  jawatan  ahli  Dewan  Negara  akan  diisi  pada
                    mesyuarat yang sama dengan suatu kekosongan yang berlaku dengan apa-apa
                    cara lain, maka pemilihan hendaklah pertama-tamanya diadakan untuk mengisi
                    kekosongan yang disebabkan oleh habis tempoh jawatan itu dan kemudiannya
                    suatu  pemilihan  yang  berasingan  untuk  mengisi  kekosongan  yang  lain  itu.

                    4.  Pegawai  pengerusi  hendaklah  memperakui  kepada  Setiausaha  Dewan
                    Negara, melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya, nama orang yang
                    dipilih  sebagai  ahli  Dewan  Negara  mengikut  peruntukan jadual  ini.
                    5.  jika  berbangkit  apa-apa  soal  sama  ada  seseorang  ahli  Dewan  Negara
                    telah dipilih dengan sewajarnya mengikut peruntukan jadual ini, maka Dewan
                    Negara  hendaklah  mengambil  keputusan  mengenainya  dan  keputusan  itu
                    adalah  muktamad,  tetapi  kegagalan  mengadakan  sesuatu  pemilihan  di  bawah
                    subseksyen 1(2) dengan seberapa segera yang boleh tidaklah dengan sendirinya
                    menidaksahkan  pemilihan  mana-mana  ahli  Dewan  Negara.
   383   384   385   386   387   388   389   390   391   392   393