Page 387 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 387
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual ketujuh
Bahagian i
lihat Per. 54(3) & 159(4)(a).
Subseksyen 1(1)
Subseksyen ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari
29-08-1963 dan berbunyi seperti yang berikut:
“1. (1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas pembubaran Majlis Undangan,
Yang di-Pertuan Agong hendaklah memberikan notis kepada raja atau gabenor setiap
Negeri bahawa ahli-ahli Dewan Negara dikehendaki dipilih dan raja atau gabenor
hendaklah menghendaki Dewan Undangan memilih ahli-ahli Dewan Negara dengan
seberapa segera yang boleh.”.
Subseksyen 1(2)
1. lihat seksyen 5.
2. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

