Page 410 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 410

213                 Perlembagaan Persekutuan                [jaDual
                                                                                kelaPan]

                      (4)  Sesuatu  rang  Undang-Undang  bagi  membuat  pindaan  kepada
                    Perlembagaan tersebut (selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan
                    subseksyen ini) tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan melainkan jika
                    rang  Undang-Undang  itu  telah  disokong  pada  Bacaan  Kali  Kedua  dan  Kali
                    Ketiga  dengan  undi  sebanyak  tidak  kurang  daripada  dua  pertiga  daripada
                    jumlah  bilangan  ahlinya.
                      (5)  Pindaan yang berikut dikecualikan daripada peruntukan subseksyen (4),
                    iaitu:
                          (a)  apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang
                              yang  disebut  dalam  seksyen  4  atau  seksyen  21  jadual  Kelapan
                              kepada  Perlembagaan  Persekutuan;  dan
                         (aa)  apa-apa pindaan bagi menetapkan wilayah bagi Negeri yang dibuat
                              berikutan dengan lulusnya undang-undang yang mengubah sempadan
                              Negeri  di  bawah  Perkara  2  Perlembagaan  Persekutuan  yang  telah
                              dipersetujui  oleh  Dewan  Undangan  Negeri  dan  Majlis  raja-raja
                              di  bawah  Perkara  tersebut;  dan
                          (b)  apa-apa pindaan yang kesannya akan menyelaraskan Perlembagaan
                              Negeri  ini  dengan  mana-mana  peruntukan  jadual  tersebut,  tetapi
                              hanya  jika  pindaan  itu  dibuat  selepas  Dewan  Undangan  dipilih
                              mengikut  seksyen  4 jadual  itu.

                      (6)  Seksyen ini tidak menidaksahkan mana-mana peruntukan Perlembagaan
                    Negeri ini yang menghendaki persetujuan mana-mana kumpulan orang terhadap
                    apa-apa  pindaan  yang  menyentuh—
                          (a)  pelantikan dan sifat khusus bagi waris atau waris-waris takhta, isteri
                              raja  atau  Pemangku  raja  atau  Anggota  jemaah  Pemangku  raja
                              bagi  Negeri;

                          (b)  pemecatan, penarikan diri atau penurunan takhta raja atau warisnya
                              atau  waris-warisnya;
                          (c)  pelantikan  dan  sifat  khusus  bagi  Pembesar-Pembesar  Memerintah
                              atau  pembesar-pembesar  adat  Melayu  yang  seumpamanya  dan
                              anggota  Majlis  Penasihat  mengenai  agama  atau  adat  atau  badan
                              yang  seumpamanya;
                          (d)  pengadaan,  pengawalseliaan,  pengesahan  dan  pelucutan  pangkat,
                              gelaran, kemuliaan, kebesaran dan kurniaan di sisi adat Melayu dan
                              sifat bagi pemegang-pemegangnya dan pengawalseliaan balai-balai
                              diraja  dan  istana-istana.
                      (7)  Dalam seksyen ini “pindaan” termasuklah tambahan dan pemansuhan.
   405   406   407   408   409   410   411   412   413   414   415