Page 434 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 434
225 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keseMbilan]
9. Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk
dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri, bukti
mengenai undang-undang Negeri dan benda yang dilakukan di bawahnya, dan
bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri.
10. Siasatan bagi maksud Negeri, termasuk suruhanjaya siasatan dan
pengumpulan perangkaan mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam
Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.
11. Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai
Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.
12. Penyu dan penangkapan ikan di sungai.
12a. Perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah dan
tapak dan peninggalan zaman purba, selain apa yang diisytiharkan sebagai
persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.
Senarai IIa—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi
Negeri Sabah dan Sarawak
[Perkara 95b(1)(a)]
13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang
berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan,
kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau
tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau
adat anak negeri; penentuan perkara mengenai undang-undang atau adat anak
negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk
hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa
mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam
perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan
kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.
14. Pemerbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan melalui
undang-undang Negeri, jika diperbadankan secara langsung melalui undang-
undang Negeri, dan pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan yang
diwujudkan sedemikian.
15. Pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan
dan pangkalan persekutuan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan;
pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan air di pelabuhan dan pangkalan atau
di sungai-sungai yang keseluruhannya terletak di dalam Negeri itu, kecuali
lalu lintas di pelabuhan atau pangkalan persekutuan; pesisir depan.
16. Ukuran tanah kadaster.
17. (Dimansuhkan).
18. Di Sabah, Kereta Api Sabah.
19. (Dimansuhkan).
20. Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air.

