Page 437 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 437
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kesembilan—(samb.)
Senarai IIb
Senarai ini dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 36, berkuat kuasa dari 16-09-1963, dan
dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965 dan berbunyi seperti
yang berikut:
“Senarai iib-TaMbahan KePaDa Senarai Negeri Bagi SingaPura
13. Pendidikan, termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran 13(a) dan (b)
Senarai Persekutuan.
14. Perubatan dan kesihatan termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran
14(a) hingga (d) Senarai Persekutuan.
15. Buruh dan keselamatan sosial, termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran
15(a) dan (b), tetapi bukan yang dinyatakan dalam butiran 15(c) Senarai Persekutuan.
16. Pencen, gratuiti dan elaun-elaun lain yang serupa itu, dan pampasan kerana hilang
jawatan, berkenaan dengan perkhidmatan di bawah Negeri (termasuk mana-mana perkhidmatan
kerajaan di dalam Negeri sebelum Hari Malaysia).
17. Kilang; dandang dan jentera; perdagangan berbahaya; bahan berbahaya dan mudah
terbakar.
18. Elektrik; gas dan kerja-kerja gas.
19. Penjaja beredar.”.
Senarai III
lihat Per. 74(1), 74(2), 76a(3), 79(1), 80(2), 82, 95b(1) & 95b(2).
Butiran 9a
1. Dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 48(1)(d), berkuat kuasa dari 01-01-1976.
2. Perkataan “Kecuali mengenai Sabah dan Sarawak, langkah-langkah” digantikan
dengan “Langkah-langkah” oleh Akta A514, perenggan 17(c), berkuat kuasa dari
15-05-1981.
Butiran 9b & 9C: Dimasukkan oleh Akta A704, perenggan 12(e), berkuat kuasa dari 10-06-1988.
Butiran 9d & 9e: Dimasukkan oleh Akta A1239, perenggan 4(c), berkuat kuasa dari 21-03-2005.
Senarai IIIa
Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 36, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Tajuk
Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Butiran 10
Perkataan “kesahtarafan” di baris dua dimasukkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2),
berkuat kuasa dari 01-07-1965.

