Page 438 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 438
227 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keseMbilan]
14. Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak
pertanian, dan perlindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit
tumbuhan.
15. Khairat dan amanah dan institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang
dikendalikan keseluruhannya di dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan
di dalam Negeri itu) dan pemegang amanahnya, termasuk pemerbadanannya
dan pengawalseliaan dan penggulungan khairat dan institusi khairat yang
diperbadankan di dalam Negeri itu.
16. Panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.
17. Pilihan raya ke Dewan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya
secara tidak langsung.
18. Di Sabah sehingga hujung tahun 1970 (tetapi tidak di Sarawak), perubatan
dan kesihatan, termasuk perkara yang dinyatakan dalam butiran 14(a) sehingga
(d) Senarai Persekutuan.
Senarai IIIb—(Dimansuhkan)
Jadual kesepuluh
[Perkara 109, 112c, 161c(3)*]
Pemberian dan Sumber Hasil yang
Diserahhakkan kepada Negeri
Bahagian i
PEMBEriAN iKUT KEPALA
1. (1) Pemberian ikut kepala yang kena dibayar kepada setiap Negeri
berkenaan dengan sesuatu tahun kewangan hendaklah mengikut kadar yang
berikut:
(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar rM72.00 bagi
tiap-tiap orang;
(b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar rM10.20 bagi
tiap-tiap orang;
(c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar rM10.80 bagi
tiap-tiap orang;
(d) bagi yang selebihnya mengikut kadar rM11.40 tiap-tiap orang,
dan hendaklah berdasarkan unjuran kependudukan tahunan bagi Negeri itu
sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan dan dihitung menurut
bancian kependudukan yang lalu:
*CaTaTaN—Perkara ini telah dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 46, berkuat kuasa dari
27-08-1976—lihat seksyen 46 Akta A354.

