Page 439 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 439

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN

              Jadual kesembilan—(samb.)
                 Senarai  IIIb
                    Senarai ini dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 36, berkuat kuasa dari 16-09-1963 dan
                    dimansuhkan  oleh Akta  59/1996,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  09-08-1965.  ia  berbunyi
                    seperti  yang berikut:
                        “Senarai  IIIb—tambahan  Kepada Senarai Bersama Bagi  Singapura
                      10.  Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan,
                      penyaraan, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan
                      harta  berwasiat  dan tidak  berwasiat.
                      11.  Pinjaman kepada, atau peminjaman oleh, pihak-pihak berkuasa Negeri atau berkanun
                      yang menjalankan kuasa yang terletak hak pada mereka oleh undang-undang Negeri di
                      Singapura.
                      12.  (a)  Pengeluaran,  pembekalan  dan  pembahagian  barang-barang,  tetapi  bukan
                            ganjaran atas pengeluaran; kawalan harga dan kawalan barang-barang makanan;
                            pengadukan bahan-bahan  makanan dan barang-barang lain;
                         (b)  import  ke  dalam  Persekutuan  dan  eksport  dari  Persekutuan,  tetapi  bukan
                            ganjaran atas eksport;
                         (c)  insurans; termasuk  insurans  wajib;
                         (d)  Lelong dan pelelong;
                         (e)  industri; pengawalseliaan pengusahaan  perindustrian;
                         (f)  Perbankan;  memberikan  pinjaman  wang; pemegang pajak gadai.
                      13.  Perkapalan dan pelayaran, termasuk perkara yang dinyatakan dalam butiran (9)(a),
                      (b), (c), (e) dan (f) Senarai  Persekutuan.
                      14.  Pekerjaan profesional selain yang dinyatakan satu persatu dalam Senarai Persekutuan.
                      15.  Pertubuhan-pertubuhan  tidak diperbadankan.
                      16.  Khairat dan amanah serta institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang dikendalikan
                      keseluruhannya di dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan di dalam Negeri itu)
                      dan pemegang-pemegang amanahnya, termasuk pemerbadanannya dan pengawalseliaan
                      serta  penggulungan  khairat  dan  institusi  khairat  yang  diperbadankan  di  dalam  Negeri
                      itu.
                      17.  Akhbar; penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak.
                      18.  Penapisan.
                      19.  Teater; panggung wayang;  filem sinematograf; tempat  hiburan awam.
                      20.  Sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu sehingga Parlimen dengan persetujuan
                      kerajaan Negeri memperuntukkan  selainnya, pilihan raya ke Dewan  Undangan.”.
              Jadual kesepuluh
                 Bahagian  i
                   lihat Per.  109(1)(a).
                   Subseksyen  1(1)
                      (a)  Subseksyen  ini  digantikan  oleh  Akta  A392,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari
                         01-01-1976.  Subseksyen  yang asal berbunyi seperti yang  berikut:
                             “1.  (1)  Pemberian ikut kepala yang kena dibayar kepada setiap Negeri berkenaan
                             dengan  sesuatu  tahun  kewangan  hendaklah  mengikut  kadar  yang  berikut—
                                (a)  bagi 50,000 orang yang pertama mengikut kadar $15 bagi tiap-tiap
                                   orang;
                                (b)  bagi 200,000 orang yang berikutnya mengikut kadar $10 bagi tiap-tiap
                                   orang;
                                (c)  bagi  yang selebihnya mengikut kadar $4 bagi tiap-tiap orang,
                             dan  hendaklah  berdasarkan  kependudukan  Negeri  itu  sebagaimana  yang
                             ditentukan  dalam  bancian  akhir  yang  dijalankan  sebelum  permulaan  tahun
                             kewangan yang terdahulu.”.
   434   435   436   437   438   439   440   441   442   443   444