Page 436 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 436

226                 Perlembagaan Persekutuan             [jaDual
                                                                             keseMbilan]

                                          Senarai  IIb—(Dimansuhkan)

                                         Senarai  III—Senarai  Bersama

                    1.  Kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai i
                    dan  ii;  perlindungan  bagi  perempuan,  kanak-kanak  dan  orang  muda.

                    2.  Biasiswa.
                    3.  Pelindungan  binatang  liar  dan  burung  liar; Taman  Negara.

                    4.  Penternakan;  pencegahan  perbuatan  menganiaya  binatang;  perkhidmatan
                    veterinar;  kuarantin  binatang.

                    5.  Perancangan  bandar  dan  desa,  kecuali  di  ibu  kota  persekutuan.

                    6.  Kekuturayauan  dan  penjaja  dari tempat  ke  tempat.

                    7.  Kesihatan  awam,  kebersihan  (tidak  termasuk  kebersihan  di  ibu  kota
                    persekutuan)  dan  pencegahan  penyakit.

                    8.  Saliran  dan  pengairan.
                    9.  Pemulihan tanah lombong dan tanah yang telah mengalami hakisan tanah.

                    9a.  Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam
                    pembinaan  dan  penyenggaraan  bangunan.

                    9b.  Kebudayaan  dan  sukan.

                    9c.  Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah pemajuan.
                    9D.  Tertakluk  kepada  Senarai  Persekutuan,  bekalan  dan  perkhidmatan  air.

                    9e.  Pemeliharaan  warisan.

                              Senarai  IIIa—Tambahan  kepada  Senarai  Bersama  bagi
                                          Negeri  Sabah  dan  Sarawak

                                              [Perkara  95b(1)(b)]
                    10.  Undang-undang  diri  yang  berhubungan  dengan  perkahwinan,  perceraian,
                    penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang
                    atau  pewarisan,  berwasiat  atau  tidak  berwasiat.

                    11.  Pengadukan  bahan  makanan  dan  barangan  lain.
                    12.  Perkapalan yang beratnya kurang daripada lima belas tan berdaftar, termasuk
                    pembawaan penumpang dan barangan oleh perkapalan itu; penangkapan ikan
                    dan  perikanan  kelautan  dan  muara.

                    13.  Pengeluaran,  pengagihan  dan  pembekalan  kuasa  air  dan  elektrik  yang
                    dijanakuasakan dengan kuasa air.
   431   432   433   434   435   436   437   438   439   440   441