Page 448 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 448

232                 Perlembagaan Persekutuan              [jaDual
                                                                              kesebelas]


                                              Jadual  kesebelas
                                               [Perkara  160(1)]

                            Peruntukan  Ordinan  Tafsiran  dan  Fasal-Fasal Am  1948
                               (Ordinan  Malayan  Union  No.  7  tahun  1948),  yang
                                  Terpakai  bagi  Mentafsirkan  Perlembagaan.


                       Seksyen                        Hal Perkara
                      2(56)        erti  “bulan”—

                                       “bulan” ertinya bulan kalendar mengikut kalendar gregory.

                      2(61)        erti  “orang”  dan  “pihak”—

                                       “orang” dan “pihak” termasuklah mana-mana kumpulan
                                     orang  yang  diperbadankan  atau  tidak  diperbadankan.

                      2(88)        Takrif  “perundangan  subsidiari”—
                                       “perundangan subsidiari” ertinya apa-apa Perintah dalam
                                     Majlis Mesyuarat, proklamasi, kaedah, peraturan, perintah,
                                     pemberitahuan, undang-undang kecil atau surat cara lain yang
                                     dibuat di bawah mana-mana Ordinan, Enakmen atau kuasa
                                     sah  yang  lain  dan  mempunyai  kuat  kuasa  perundangan.

                      2(94)        Pentafsiran  jantina  lelaki—

                                       perkataan  yang  membawa  maksud  jantina  lelaki
                                     termasuklah  perempuan.

                      2(95)        Pentafsiran  bilangan  tunggal  atau  jamak—

                                       perkataan dalam bilangan tunggal termasuklah bilangan
                                     jamak,  dan  perkataan  dalam  bilangan  jamak  termasuklah
                                     bilangan  tunggal.

                      2(96)        erti  “tulisan”—

                                        “tulisan”  dan  ungkapan  yang  dikaitkan  dengan  tulisan
                                     termasuklah  cetakan,  litografi,  tulisan  taip,  fotografi,  dan
                                     cara  lain  untuk  menyatakan  atau  menurunkan  perkataan
                                     atau  angka  dalam  bentuk  boleh  lihat.

                      2(98)        erti  “tahun”—
                                       “tahun”  ertinya  suatu  tahun  yang  dihitung  mengikut
                                     kalendar gregory.
   443   444   445   446   447   448   449   450   451   452   453