Page 446 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 446

231                 Perlembagaan Persekutuan              [jaDual
                                                                              kesePuluh]

                                                 Bahagian V

                              SUMBEr TAMBAHAN  HASiL YANg  DiSErAHHAKKAN
                                    KEPADA  NEgEri SABAH  DAN  SArAWAK

                    1.  Duti  import  dan  duti  eksais  atas  keluaran  petroleum.
                    2.  Duti  eksport  atas  balak  dan  hasil  hutan  lain.

                    3.  Selagi  royalti  yang  dilevikan  oleh  Negeri  ke  atas  apa-apa  mineral  yang
                    boleh  dikenakan  duti  eksport,  selain  timah  (tetapi  termasuk  minyak  mineral)
                    tidak  berjumlah  10  peratus  ad  valorem  yang  dihitung  seperti  bagi  maksud
                    duti eksport, duti eksport atas mineral itu atau apa-apa bahagian daripada duti
                    eksport yang menjadikan jumlah royalti dan duti atas mineral yang dieksport
                    hingga  10  peratus ad  valorem  yang  dihitung  sedemikian.

                    4.  Dalam  hal  Sabah  selagi  perubatan  dan  kesihatan  masih  menjadi  suatu
                    butiran dalam Senarai Bersama dan perbelanjaan berkenaan dengan butiran itu
                    ditanggung oleh Negeri itu, 30 peratus daripada segala hasil kastam selain hasil
                    kastam  berkenaan  dengan  duti-duti  yang  disebut  dalam  seksyen  1,  2  dan  3.

                    5.  Bagi  mana-mana  tahun  sebelum  1974  dan,  jika  pada  permulaan  tahun
                    1974  Badan  Perundangan  Negeri  mempunyai  kuasa  untuk  membuat  undang-
                    undang mengenai pembawaan penumpang dan barangan mengikut jalan darat
                    atau  mengenai  kenderaan  jalan  yang  didorong  secara  mekanik  atau  lesen-
                    lesen berkaitan dengan kenderaan-kenderaan itu, maka, dalam masa kuasa itu
                    berterusan,  fi  daripada  lesen-lesen  itu.

                    6.  Bagi mana-mana tahun sebelum tahun 1974, dan jika pada permulaan tahun
                    1974 Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa membuat undang-undang
                    mengenai pendaftaran kenderaan yang didorong secara mekanik, maka dalam
                    masa  kuasa  itu  berterusan,  fi  daripada  pendaftaran  kenderaan-kenderaan  itu.

                    7.  Cukai-cukai  jualan  Negeri.

                    8.  Fi  dan  dius  daripada  pelabuhan  dan  pangkalan,  selain  pelabuhan  dan
                    pangkalan  persekutuan.

                    9.  Terimaan berkenaan dengan bekalan dan perkhidmatan air, termasuk kadar air.
                    10.  Hasil daripada lesen yang berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air.
   441   442   443   444   445   446   447   448   449   450   451