Page 119 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 119
[Perkara 58] Perlembagaan Persekutuan 68
saraan Yang di-pertua dan timbalan-timbalan Yang di-pertua
58. Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan
bagi saraan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan
Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua
Dewan rakyat, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian bagi
Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan rakyat
hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
sumpah oleh ahli-ahli
59. (1) Tiap-tiap ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah
sebelum mengambil kerusinya mengangkat dan menandatangani
di hadapan orang yang mempengerusikan Majlis Parlimen itu
suatu sumpah mengikut bentuk yang dinyatakan dalam jadual
Keenam, tetapi seseorang ahli boleh sebelum mengangkat sumpah
itu mengambil bahagian dalam pemilihan Yang di-Pertua Dewan
Negara atau Yang di-Pertua Dewan rakyat.
(2) jika seseorang ahli tidak mengambil kerusinya dalam masa
enam bulan dari tarikh Majlis Parlimen itu bersidang bagi pertama
kalinya selepas pemilihannya atau dalam masa yang lebih lanjut
sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis Parlimen itu, maka
kerusinya hendaklah menjadi kosong.
titah oleh Yang di-pertuan agong
60. Yang di-Pertuan Agong boleh bertitah kepada mana-mana satu
Majlis Parlimen atau kedua-dua Majlis Parlimen bersesama.
peruntukan khas tentang Jemaah menteri dan peguam negara
61. (1) Sebagai tambahan kepada haknya sebagai ahli salah
satu Majlis Parlimen tiap-tiap anggota jemaah Menteri berhak
mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Parlimen yang satu
lagi.
(2) Mana-mana satu Majlis Parlimen boleh melantik Peguam
Negara atau mana-mana anggota jemaah Menteri menjadi anggota
mana-mana jawatankuasanya walaupun dia bukan ahli Majlis
Parlimen itu.

