Page 115 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 115
[Perkara 57] Perlembagaan Persekutuan 66
(b) dua orang Timbalan Yang di-Pertua daripada kalangan
ahli Dewan rakyat,
dan Dewan rakyat tidak boleh, tertakluk kepada Fasal (3),
menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-Pertua kosong
selain pemilihan Yang di-Pertua.
(la) Mana-mana orang yang bukan ahli Dewan rakyat yang
dipilih sebagai Yang di-Pertua—
(a) hendaklah, sebelum menjalankan tugas jawatannya,
mengangkat dan menandatangani di hadapan Dewan
rakyat sumpah jawatan dan sumpah taat setia yang
dinyatakan dalam jadual Keenam; dan
(b) hendaklah, oleh sebab dia memegang jawatannya itu,
menjadi ahli Dewan rakyat sebagai tambahan kepada
ahli-ahli yang dipilih menurut Perkara 46:
Dengan syarat bahawa perenggan (b) tidaklah mempunyai kuat
kuasa bagi maksud mana-mana peruntukan yang berikut dalam
Perlembagaan ini, iaitu, Perkara 43, 43a, 43b, 50 hingga 52, 54
dan 59; dan tiada seorang pun berhak, menurut kuasa perenggan
itu, mengundi atas apa-apa perkara di hadapan Dewan rakyat.
(2) Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya
yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan rakyat, dan hendaklah
mengosongkan jawatannya—
(a) apabila Dewan rakyat bermesyuarat buat pertama kali
selepas suatu pilihan raya umum;
(b) apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan rakyat melainkan
oleh sebab pembubarannya atau, jika dia menjadi ahli
semata-mata menurut kuasa perenggan (b) Fasal (la),
apabila dia terhenti berkelayakan menjadi ahli;
(bb) apabila telah hilang kelayakan di bawah Fasal (5);
(c) jika pada bila-bila masa Dewan rakyat membuat ketetapan
sedemikian.
(2a) Seseorang Timbalan Yang di-Pertua boleh pada bila-bila
masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani
sendiri olehnya yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan rakyat,
dan hendaklah mengosongkan jawatannya—

