Page 114 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 114
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 56—(samb.)
Fasal (4): Ditambahkan oleh Akta 10/1960, seksyen 8, berkuat kuasa dari 31-05-1960.
Fasal (5) & (6)
a. Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 5(d), berkuat kuasa dari 15-05-1981.
b. Perkataan “atau Timbalan Yang di-Pertua” dipotong oleh Akta A566, subseksyen 8(1),
berkuat kuasa dari 16-12-1983 tetapi dimasukkan semula oleh Akta A1130, seksyen 5,
berkuat kuasa dari 28-09-2001.
Catatan:
Pindaan yang dibuat dalam Fasal (5) dan (6) Perkara 56 oleh Akta A566 terpakai hanya bagi
seseorang yang dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua pada atau selepas 16-12-1983.
per. 57
Akta 19/1964, subseksyen 7(1), berkuat kuasa dari 30-07-1964, menggantikan Fasal (1)
dan (2) dengan Fasal (1), (la), (2) dan (2a). Fasal yang dahulu berbunyi seperti yang
berikut:
“57. (1) Dewan rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih seorang daripada ahlinya
menjadi Yang di-Pertua Dewan rakyat (Speaker) dan seorang menjadi Timbalan Yang
di-Pertua, dan tidaklah boleh menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-Pertua
kosong selain pemilihan Yang di-Pertua.
(2) Seseorang ahli yang memegang jawatan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua
hendaklah mengosongkan jawatannya apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan rakyat dan
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya.”.
Fasal (1)
Akta 514, perenggan 6(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981, memasukkan perkataan “, tertakluk
kepada Fasal (3),” selepas perkataan “tidak boleh”.

