Page 123 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 123
[Perkara 63] Perlembagaan Persekutuan 70
(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding
di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua
yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa
mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu
Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.
(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding
di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua
yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa mana-mana satu Majlis
Parlimen.
(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang
dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang
diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau
atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 [akta 15]
sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-kuasa
Perlu) Darurat 1970 [P.U. (a) 282/1970].
(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan
apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan
dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-
Pertuan Agong atau seseorang raja semasa mengambil bahagian
dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau
mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan
penghapusan kedudukan berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan
berperlembagaan raja sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang
berkenaan.
saraan ahli
64. Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan
bagi saraan ahli-ahli setiap Majlis Parlimen.
setiausaha Dewan negara dan Dewan rakyat
65. (1) Maka hendaklah ada seorang Setiausaha Dewan Negara
dan seorang Setiausaha Dewan rakyat.
(2) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan rakyat
hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan
anggota perkhidmatan awam am Persekutuan dan setiap seorang
hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur

