Page 118 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 118

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  57—(samb.)
                       Fasal  (3)
                         a.  Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta A514, perenggan 6(c), berkuat kuasa dari
                           15-05-1981,  dan  menggantikan  Fasal  yang  dahulu  yang  berbunyi  seperti  yang
                           berikut:
                             “(3)  Dalam  masa  Yang  di-Pertua  tidak  hadir  dalam  sesuatu  persidangan  Dewan
                           rakyat  Timbalan  Yang  di-Pertua  atau  jika  Timbalan  Yang  di-Pertua  juga  tidak  hadir,
                           mana-mana  ahli  yang  lain  sebagaimana  yang  ditentukan  oleh  kaedah  tatacara  Dewan
                           itu,  hendaklah bertindak  sebagai Yang di-Pertua.”.
                         b.  Perkataan “Timbalan Yang di-Pertua atau jika Timbalan Yang di-Pertua juga tidak hadir atau
                           jika jawatannya juga kosong” digantikan dengan perkataan “seorang daripada Timbalan Yang
                           di-Pertua atau, jika kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir atau, jika kedua-dua
                           jawatan mereka itu kosong” oleh Akta A566, perenggan 9(l)(c), berkuat kuasa dari 16-12-1983.
                       Fasal  (4): Ditambahkan  oleh Akta 10/1960,  seksyen 9, berkuat  kuasa  dari 31-05-1960.
                       Fasal  (5) & (6)
                         a.  Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 6(d), berkuat  kuasa dari 15-05-1981.
                         b.  Perkataan “atau Timbalan Yang di-Pertua” dipotong oleh Akta A566, perenggan 9(1)(d),
                           berkuat kuasa dari 16-12-1983, tetapi dimasukkan semula oleh Akta A1130, seksyen 6,
                           berkuat  kuasa  dari  28-09-2001.
                         c.  Pada  nota  bahu,  perkataan  “Timbalan  Yang  di-Pertua”  digantikan  dengan
                           “Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua” oleh Akta A566, perenggan 9(1)(e), berkuat kuasa dari
                           16-12-1983.
                       Catatan:
                       Pindaan yang dibuat dalam Fasal (5) dan (6) Perkara 57 oleh Akta A566 terpakai hanya bagi
                       seseorang  yang  dipilih  sebagai  Timbalan  Yang  di-Pertua  Dewan  rakyat  pada  atau  selepas
                       16-12-1983.
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123