Page 181 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 181

[Perkara  95c]      Perlembagaan  Persekutuan                   101

                    (a)  bagi memberi kuasa Badan Perundangan Negeri itu membuat
                        undang-undang sebagaimana yang disebut dalam Perkara
                        76a;  atau

                    (b)  bagi memperluas kuasa eksekutif Negeri itu, dan kuasa
                        atau  kewajipan  mana-mana  pihak  berkuasa  Negeri  itu
                        sebagaimana  yang  disebut dalam  Fasal  (4)  Perkara  80.

                (2)  Sesuatu  perintah  yang  dibuat  menurut  kuasa  perenggan
              (a)  Fasal  (1)  tidaklah  boleh  memberi  kuasa  Badan  Perundangan
              sesuatu Negeri meminda atau memansuhkan sesuatu Akta Parlimen
              yang  diluluskan  selepas  Hari  Malaysia,  melainkan  jika Akta  itu
              memperuntukkan  sedemikian.

                (3)  Fasal (3) Perkara 76a dan Fasal (6) Perkara 80 hendaklah
              terpakai  berhubung  dengan  sesuatu  perintah  masing-masing  di
              bawah  perenggan  (a)  dan  perenggan  (b)  Fasal  (1)  Perkara  ini
              sebagaimana  Fasal-Fasal  itu  terpakai  berhubung  dengan  sesuatu
              Akta Parlimen.

                (4)  jika sesuatu perintah di bawah Perkara ini dibatalkan oleh
              suatu perintah yang kemudian, maka perintah yang kemudian itu
              boleh mengandungi peruntukan bagi meneruskan kuat kuasa (pada
              amnya atau setakat atau bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam
              perintah  itu)  mana-mana  undang-undang  Negeri  yang  diluluskan
              menurut kuasa perintah yang dahulu itu atau mana-mana perundangan
              subsidiari  yang  dibuat  atau  perkara  yang  dilakukan  di  bawah
              mana-mana  undang-undang  Negeri  itu,  dan  mana-mana  undang-
              undang  Negeri  yang  diteruskan  kuat  kuasanya  dengan  demikian
              itu  hendaklah  berkuat  kuasa  sebagai  undang-undang  persekutuan
              mulai dari permulaan kuat kuasa perintah yang kemudian itu:


                Dengan syarat bahawa tiada peruntukan boleh diteruskan kuat
              kuasanya menurut kuasa Fasal ini jika atau setakat yang peruntukan
              itu tidak boleh dibuat melalui Akta  Parlimen.

                (5)  Apa-apa perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara
              ini hendaklah  dibentangkan di  hadapan  setiap  Majlis  Parlimen.


              negeri sabah dan sarawak terkeluar daripada kuasa parlimen
              untuk  meluluskan  undang-undang  seragam  mengenai  tanah
              atau  kerajaan  tempatan

              95d.  Berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak, Fasal (4) Perkara
              76 tidaklah terpakai, dan juga perenggan (b) Fasal (1) Perkara itu
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186