Page 179 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 179

[Perkara  95b]      Perlembagaan  Persekutuan                   100

                         daripada Senarai Negeri, dan perkara-perkara yang disebut
                        satu persatu dalamnya hendaklah disifatkan tidak termasuk
                        dalam  Senarai Persekutuan  atau Senarai  Bersama;  dan

                    (b)  tambahan  kepada  Senarai  iii  yang  dinyatakan  dalam
                        jadual  Kesembilan,  tertakluk  kepada  Senarai  Negeri,
                        hendaklah  disifatkan  menjadi  sebahagian  daripada
                        Senarai Bersama, dan perkara-perkara yang disebut satu
                        persatu  dalamnya  hendaklah  disifatkan  tidak  termasuk
                        dalam  Senarai  Persekutuan  (tetapi  tidaklah  sehingga
                        menyentuh  pentafsiran  Senarai  Negeri,  jika  ia  merujuk
                        kepada  Senarai  Persekutuan).


                (2)  jika menurut kuasa Fasal (1) sesuatu butiran dimasukkan ke
              dalam Senarai Bersama bagi sesuatu Negeri selama sesuatu tempoh
              sahaja, maka habisnya atau tamatnya tempoh itu tidaklah menyentuh
              kuat  kuasa  seterusnya  mana-mana  undang-undang  Negeri  yang
              diluluskan menurut kuasa butiran itu, kecuali sebagaimana yang
              diperuntukkan  oleh undang-undang persekutuan  atau  Negeri.

                (3)  Badan Perundangan Negeri Sabah atau Sarawak boleh juga
              membuat undang-undang bagi mengenakan cukai jualan, dan apa-
              apa  cukai  jualan  yang  dikenakan  oleh  undang-undang  Negeri  di
              Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah disifatkan termasuk dalam
              perkara-perkara  yang  disebut  satu  persatu  dalam  Senarai  Negeri
              dan  tidak dalam Senarai Persekutuan;  tetapi—

                    (a)  pada mengenakan atau mentadbirkan sesuatu cukai jualan
                        Negeri,  tidaklah  boleh  ada  apa-apa  diskriminasi  antara
                        barang  yang  sama  perihalannya  mengikut  tempat  asal
                        barang  itu; dan

                    (b)  caj  bagi  apa-apa  cukai  jualan  persekutuan  hendaklah
                        dibayar  daripada  jumlah  wang  yang  dipungut  daripada
                        orang yang bertanggungan membayar cukai itu terlebih
                        dahulu  sebelum caj  bagi sesuatu  cukai  jualan  Negeri.



              kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif
              negeri melalui  perintah


              95c.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan mana-mana Akta Parlimen
              yang diluluskan selepas Hari Malaysia, Yang di-Pertuan Agong boleh,
              melalui perintah, membuat berkenaan dengan mana-mana Negeri,
              apa-apa  peruntukan  yang  boleh  dibuat  melalui Akta  Parlimen—
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184