Page 178 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 178
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
bahagian VI
Tajuk Bab 8 “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
per. 95b
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 35, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Fasal (1)
a. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, memotong perkataan “dan
Singapura” yang terdapat dalam nota bahu dan di hujung baris pertama dan perkataan
“yang berkenaan” yang terdapat selepas perkataan “tambahan” di permulaan perenggan
(a) dan (b).
b. Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.

