Page 177 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 177
[Perkara 95a] Perlembagaan Persekutuan 99
(3) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan hendaklah dipanggil
bermesyuarat oleh Pengerusi seberapa kerap yang difikirkannya
perlu tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan
pada tiap-tiap tahun.
(4) jika Pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau
seseorang wakil Kerajaan Persekutuan tidak dapat hadir dalam
sesuatu mesyuarat, maka pihak berkuasa yang melantiknya itu
boleh melantik seorang lain untuk mengambil tempatnya dalam
mesyuarat itu.
(5) Menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding
dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri, suatu
dasar negara untuk memajukan, membangunkan dan mengawal
kerajaan tempatan di seluruh Persekutuan dan untuk mentadbirkan
mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan
Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti
dasar yang dibentuk sedemikian.
(6) Menjadi kewajipan juga bagi Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan mana-mana Negeri untuk berunding dengan Majlis
Negara bagi Kerajaan Tempatan berkenaan dengan apa-apa
perundangan yang dicadangkan mengenai kerajaan tempatan dan
menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk
menasihati Kerajaan-Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara
yang sedemikian.
(7) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri
boleh merundingi Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan berkenaan
dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan kerajaan
tempatan, dan menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan untuk menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana
perkara yang sedemikian.
Bab 8—Pemakaian bagi Negeri
Sabah dan Sarawak
ubah suaian bagi negeri sabah dan sarawak mengenai
pembahagian kuasa perundangan
95b. (1) Dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak—
(a) tambahan kepada Senarai ii yang dinyatakan dalam jadual
Kesembilan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian

