Page 184 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 184
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 95e
Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 43, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Fasal (1)
a. Perkataan “dan berhubung dengan Singapura” yang terdapat selepas “sesuatu
Negeri Borneo” dan perkataan “dan Singapura” dalam nota bahu dipotong oleh
Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.
b. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (3)
Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (4)
Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (5)
a. Perkataan “atau bagi Singapura” yang terdapat selepas “Negeri Borneo” dipotong oleh
Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.
b. lihat Per. 91(1) & 95a(1).
c. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
d. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.

