Page 189 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 189

[Perkara  99]       Perlembagaan  Persekutuan                   105

                (2)  Anggaran perbelanjaan itu  hendaklah  menunjukkan—

                    (a)  jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan
                        yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan;
                        dan

                    (b)  tertakluk kepada Fasal (3), jumlah wang yang dikehendaki
                        untuk  membayar  perbelanjaan  bagi  maksud  lain
                        yang  dicadangkan  dibayar  daripada  Kumpulan  Wang
                        Disatukan.


                (3)  jumlah  wang  yang  hendaklah  ditunjukkan  di  bawah
              perenggan (b)  Fasal (2) tidak  termasuk—

                    (a)  jumlah  wang  yang  merupakan  hasil  daripada  apa-apa
                        pinjaman  yang  diperdapatkan  oleh  Persekutuan  bagi
                        maksud tertentu dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh
                        Akta  yang  membenarkan pinjaman  itu  diperdapatkan;
                    (b)  jumlah wang yang merupakan apa-apa wang atau bunga
                        atas wang yang diterima oleh Persekutuan yang tertakluk
                        kepada  suatu  amanah  dan  yang  hendaklah  digunakan
                        mengikut  terma-terma  amanah  itu;

                    (c)  jumlah wang yang merupakan apa-apa wang yang dipegang
                        oleh Persekutuan yang telah diterima atau diuntukkan bagi
                        maksud apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan
                        oleh atau  mengikut  undang-undang  persekutuan.

                (4)  Penyata  tersebut  hendaklah  juga  menunjukkan,  setakat
              yang dapat dilaksanakan, aset dan liabiliti Persekutuan pada akhir
              tahun  kewangan  yang  baru  genap,  cara  aset  itu  dilaburkan  atau
              dipegang, dan maksud am yang berkenaan dengannya liabiliti itu
              masih belum  selesai.


              rang undang-undang  perbekalan


              100.  Perbelanjaan  yang  hendaklah  dibayar  daripada  Kumpulan
              Wang  Disatukan  tetapi  tidak  dipertanggungkan  padanya,  selain
              perbelanjaan yang hendaklah dibayar dengan jumlah wang yang
              disebut  dalam  Fasal  (3)  Perkara  99,  hendaklah  dimasukkan  ke
              dalam suatu rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai
              rang Undang-Undang Perbekalan, yang membuat peruntukan bagi
              pengeluaran  jumlah  wang  yang  perlu  daripada  Kumpulan  Wang
              Disatukan  untuk  membayar  perbelanjaan  itu  dan  penguntukan
              jumlah  wang itu  bagi maksud  yang  dinyatakan dalamnya.
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194