Page 187 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 187

[Perkara  98]       Perlembagaan  Persekutuan                   104

              perbelanjaan yang dipertanggungkan pada kumpulan Wang
              Disatukan  persekutuan


              98.  (1)  Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
              Disatukan  sebagai  tambahan  kepada  apa-apa  pemberian,  saraan
              atau wang lain yang dipertanggungkan sedemikian melalui mana-
              mana Perkara lain atau  undang-undang persekutuan—

                    (a)  segala  pencen,  pampasan  kerana  kehilangan  jawatan
                        dan  ganjaran  yang  Persekutuan  bertanggungan
                        membayarnya;

                    (b)  segala  caj  hutang  yang  Persekutuan  bertanggungan
                        membayarnya;  dan

                    (c)  apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa
                        penghakiman, keputusan atau award terhadap Persekutuan
                        oleh mana-mana  mahkamah  atau  tribunal.

                (2)  Apabila  membayar  apa-apa  pemberian  kepada  sesuatu
              Negeri  mengikut  peruntukan  Bahagian  ini,  Persekutuan  boleh
              memotong  amaun  apa-apa  caj  hutang  yang  kena  dibayar  oleh
              Negeri itu kepada Persekutuan dan yang dipertanggungkan pada
              Kumpulan Wang Disatukan bagi  Negeri  itu.

                (3)  Bagi maksud Perkara ini caj hutang termasuklah bunga, caj
              kumpulan wang penjelas hutang, pembayaran balik atau pelunasan
              hutang,  dan  segala  perbelanjaan  berkaitan  dengan  pemerdapatan
              pinjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan dan pembayaran
              bunga atas hutang dan penebusan hutang yang diwujudkan dengan
              jalan sedemikian.



              penyata kewangan  tahunan

              99.  (1)  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah,  berkenaan  dengan
              tiap-tiap tahun kewangan, menyebabkan dibentangkan di hadapan
              Dewan  rakyat  suatu  penyata  terimaan  dan  perbelanjaan  yang
              dianggarkan  bagi  Persekutuan  untuk  tahun  itu,  dan,  melainkan
              jika  diperuntukkan  selainnya  oleh  Parlimen  berkenaan  dengan
              mana-mana tahun, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian
              sebelum permulaan  tahun  itu:

                Dengan  syarat  bahawa  bolehlah  ada  penyata-penyata  yang
              berasingan bagi terimaan yang dianggarkan dan perbelanjaan yang
              dianggarkan,  dan  dalam  hal  sedemikian  tidaklah  perlu  penyata
              terimaan  itu  dibentangkan  sedemikian  sebelum  permulaan  tahun
              yang dimaksudkan  oleh penyata itu.
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192