Page 190 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 190

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  99—(samb.)
                       Fasal  (2)
                         a.  Fasal yang  asal  berbunyi seperti yang berikut:
                           “(2)  Anggaran perbelanjaan itu hendaklah menunjukkan secara  berasingan—
                               (a)  jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan yang dipertanggungkan
                                   pada Kumpulan Wang Disatukan;  dan
                               (b)  tertakluk  kepada  Fasal  (3),  jumlah  wang  yang  masing-masing  dikehendaki
                                   untuk  membayar  kepala-kepala  perbelanjaan  bagi  perbelanjaan  lain  yang
                                   dicadangkan dibayar  daripada  Kumpulan Wang Disatukan.”.
                          b.  Perkataan “secara berasingan” yang terdapat selepas perkataan “hendaklah menunjukkan” dipotong
                           dan perenggan (b) digantikan oleh Akta A354, seksyen 18, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

                       Fasal  (3)
                         a.  Perenggan  (c)  ditambahkan  oleh Akta  14/1962,  subseksyen  18(2),  berkuat  kuasa  dari
                           21-06-1962.
                         b.  lihat Per. 100 & 104(2).
                       Fasal  (4)
                         Perkataan “kepala-kepala” digantikan dengan “maksud” oleh Akta A354, perenggan 18(c),
                         berkuat  kuasa  dari  27-08-1976.
                    per.  100
                       1.  lihat Per.  102(b).

                       2.  Perkataan  “Kepala-kepala  bagi”  sebelum  “perbelanjaan”  dalam  baris  satu  dipotong  oleh
                       Akta A354, seksyen 19, berkuat  kuasa  dari 27-08-1976.
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195