Page 191 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 191

[Perkara  101]      Perlembagaan  Persekutuan                   106

              perbelanjaan tambahan  dan perbelanjaan  lebih

              101.  jika  berkenaan  dengan  mana-mana  tahun  kewangan
              didapati—
                    (a)  bahawa amaun yang diuntukkan melalui Akta Perbekalan
                        bagi apa-apa maksud tidak mencukupi, atau bahawa telah
                        timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang
                        baginya tiada amaun diuntukkan melalui Akta Perbekalan;
                        atau
                    (b)  bahawa  apa-apa  wang  telah  dibelanjakan  bagi  apa-apa
                        maksud melebihi amaun yang diuntukkan (jika ada) bagi
                        maksud itu  melalui Akta  Perbekalan,

              maka suatu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah wang
              yang  dikehendaki  atau  dibelanjakan  itu  hendaklah  dibentangkan
              di hadapan Dewan rakyat dan maksud apa-apa perbelanjaan itu
              hendaklah  dimasukkan  ke  dalam  suatu  rang  Undang-Undang
              Perbekalan.



              kuasa  membenarkan  perbelanjaan  masuk  akaun  atau  bagi
              maksud yang tidak dinyatakan

              102.  Parlimen  mempunyai  kuasa  berkenaan  dengan  mana-mana
              tahun kewangan—

                    (a)  sebelum lulus rang Undang-Undang Perbekalan, untuk
                        membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan bagi
                        sebahagian  tahun  itu;

                    (b)  untuk membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan
                        bagi seluruh atau sebahagian tahun itu selain mengikut
                        Perkara  99  hingga  101,  jika  ternyata  kepada  Parlimen
                        wajar  berbuat  demikian  oleh  sebab  pentingnya  atau
                        umumnya  apa-apa  perkhidmatan  atau  oleh  sebab  hal
                        keadaan yang luar biasa keterdesakannya.


              kumpulan Wang  luar  Jangka

              103.  (1)  Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan
              bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar jangka dan memberi
              kuasa  Menteri  yang  dipertanggungkan  dengan  tanggungjawab
              bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan
              perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya
              tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada
              Kumpulan Wang Luar jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196