Page 197 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 197

[Perkara  108]      Perlembagaan  Persekutuan                   109

              majlis kewangan  negara

              108.  (1)  Maka hendaklah ada suatu Majlis Kewangan Negara yang
              terdiri  daripada  Perdana  Menteri,  mana-mana  Menteri  lain  yang
              ditetapkan  oleh  Perdana  Menteri,  dan  seorang  wakil  dari  setiap
              Negeri yang  dilantik oleh raja  atau Yang di-Pertua  Negeri.

                (2)  Majlis Kewangan Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat
              oleh  Perdana  Menteri  seberapa  kerap  yang  difikirkannya  perlu
              dan apabila wakil-wakil dari tiga Negeri atau lebih menghendaki
              diadakan  mesyuarat,  tetapi  sekurang-kurangnya  satu  mesyuarat
              hendaklah  diadakan  pada  tiap-tiap dua  belas  bulan.

                (3)  Dalam  mana-mana  mesyuarat  Majlis  Kewangan  Negara,
              Perdana Menteri boleh diwakili oleh seorang Menteri Persekutuan
              yang lain, dan Perdana Menteri atau, jika Perdana Menteri tidak
              hadir, Menteri yang mewakilinya itu, hendaklah mempengerusikan
              mesyuarat  itu.

                (4)  Menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk berunding
              dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan  dengan—
                    (a)  pemberian yang dibuat oleh Persekutuan kepada Negeri-
                        Negeri;
                    (b)  penyerahhakan  kepada  Negeri-Negeri  keseluruhan  atau
                        apa-apa  bahagian  hasil  daripada  apa-apa  cukai  atau  fi
                        persekutuan;
                    (c)  keperluan  pinjaman  tahunan  Persekutuan  dan  Negeri-
                        Negeri  dan  penjalanan  kuasa  meminjam  Persekutuan
                        dan Negeri-Negeri itu;
                    (d)  pembuatan  pinjaman  kepada  mana-mana  Negeri;

                    (e)  pembuatan rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;
                    (f)  perkara-perkara yang disebut dalam Butiran 7(f) dan (g)
                        Senarai  Persekutuan;

                    (g)  apa-apa cadangan untuk membawa rang Undang-Undang
                        bagi suatu undang-undang yang disebut dalam Fasal (2)
                        Perkara  109 atau  Fasal  (3)  atau  (3a)  Perkara  110;

                    (h)  apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Perlembagaan
                        ini atau undang-undang persekutuan membuat peruntukan
                        bagi  mengadakan  rundingan  dengan  Majlis  Kewangan
                        Negara.
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202