Page 199 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 199
[Perkara 108] Perlembagaan Persekutuan 110
(5) Kerajaan Persekutuan boleh merundingi Majlis Kewangan
Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain, sama ada atau
tidak perkara itu melibatkan soal kewangan, dan kerajaan sesuatu
Negeri boleh merundingi Majlis tersebut berkenaan dengan apa-
apa perkara yang menyentuh kedudukan kewangan Negeri itu.
pemberian kepada negeri
109. (1) Persekutuan hendaklah membuat kepada setiap Negeri
berkenaan dengan setiap tahun kewangan—
(a) pemberian, yang dikenali sebagai pemberian ikut kepala,
yang hendaklah dihitung mengikut peruntukan Bahagian i
jadual Kesepuluh;
(b) pemberian bagi penyenggaraan jalan Negeri, yang dikenali
sebagai pemberian jalan Negeri, yang hendaklah dihitung
mengikut peruntukan Bahagian ii jadual Kesepuluh.
(2) Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-
undang mengubah kadar pemberian ikut kepala; tetapi jika kesan
mana-mana undang-undang itu akan mengurangkan pemberian
itu, peruntukan hendaklah dibuat dalam undang-undang itu bagi
memastikan bahawa amaun pemberian yang diterima oleh mana-
mana Negeri berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan tidak
kurang daripada sembilan puluh peratus daripada amaun yang
diterima oleh Negeri itu dalam tahun kewangan sebelumnya.
(3) Parlimen boleh melalui undang-undang membuat pemberian
bagi maksud tertentu kepada mana-mana Negeri atas apa-apa terma
dan syarat yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang
itu.
(4) Amaun yang dikehendaki untuk membuat pemberian yang
disebut dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini
hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
(5) jika, mengikut Perkara 103, suatu Kumpulan Wang Luar
jangka diwujudkan, maka kuasa untuk membuat pendahuluan
daripada Kumpulan Wang itu bagi memenuhi keperluan perbelanjaan
yang mendesak dan di luar jangkaan termasuklah kuasa untuk
membuat pendahuluan itu kepada sesuatu Negeri bagi memenuhi
keperluan yang sedemikian.

