Page 195 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 195
[Perkara 105] Perlembagaan Persekutuan 108
(4) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat
peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara, dan saraan yang
diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang Disatukan.
(5) Saraan dan terma-terma lain jawatan (termasuk hak pencen)
bagi Ketua Audit Negara tidaklah boleh, selepas pelantikannya,
diubah menjadi kurang baik baginya.
(6) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, terma-terma
dan syarat-syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara hendaklah
ditentukan melalui undang-undang persekutuan dan, tertakluk
kepada peruntukan undang-undang persekutuan, oleh Yang
di-Pertuan Agong.
kuasa dan tugas ketua audit negara
106. (1) Akaun-akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri
hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua
Audit Negara.
(2) Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa
tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang
diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan
akaun-akaun bagi Persekutuan dan akaun-akaun bagi Negeri-Negeri
dan berhubung dengan akaun-akaun bagi pihak-pihak berkuasa
awam lain dan akaun-akaun bagi badan-badan yang dinyatakan
melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
laporan ketua audit negara
107. (1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-
laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah
menyebabkan laporan-laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan
rakyat.
(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan
dengan akaun-akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan
dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam
yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang
Negeri, hendaklah dikemukakan kepada raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu
dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

