Page 193 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 193

[Perkara  103]      Perlembagaan  Persekutuan                   107

                (2)  jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu
              anggaran  tambahan  hendaklah  dikemukakan  dan  suatu  rang
              Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang
              mungkin  bagi  maksud  menggantikan  amaun  yang  didahulukan
              itu.


              pengambilan  keluar  daripada  kumpulan Wang Disatukan


              104.  (1)  Tertakluk  kepada  Fasal  (2),  tiada  wang  boleh  diambil
              keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan melainkan jika wang
              itu—

                    (a)  dipertanggungkan  pada  Kumpulan Wang Disatukan;
                    (b)  dibenarkan untuk dikeluarkan melalui Akta Perbekalan;
                        atau
                    (c)  dibenarkan  untuk  dikeluarkan  di bawah Perkara 102.


                (2)  Fasal  (1)  tidak  terpakai  bagi  apa-apa  jumlah  wang  yang
              disebut dalam Fasal  (3)  Perkara  99.

                (3)  Tiada  wang  boleh  diambil  keluar  daripada  Kumpulan
              Wang Disatukan kecuali mengikut cara yang diperuntukkan oleh
              undang-undang  persekutuan.



              ketua audit  negara

              105.  (1)  Maka hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara, yang
              hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
              Menteri dan selepas berunding dengan  Majlis raja-raja.

                (2)  Seseorang  yang  telah  memegang  jawatan  Ketua  Audit
              Negara  layak  dilantik  semula  tetapi  tidaklah  layak  dilantik  bagi
              apa-apa  pelantikan  lain  dalam  perkhidmatan  Persekutuan  atau
              bagi apa-apa  pelantikan  dalam  perkhidmatan sesuatu Negeri.

                (3)  Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan
              jawatannya tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali
              atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim
              Mahkamah Persekutuan.
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198