Page 201 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 201
[Perkara 109] Perlembagaan Persekutuan 111
(6) Persekutuan hendaklah membayar ke dalam suatu kumpulan
wang, yang hendaklah dikenali sebagai Kumpulan Wang rizab
Negeri—
(a) (Dimansuhkan);
(b) berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan apa-apa
jumlah wang yang ditentukan sebagai perlu oleh Kerajaan
Persekutuan selepas berunding dengan Majlis Kewangan
Negara,
dan Persekutuan boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding
dengan Majlis Kewangan Negara, membuat pemberian daripada
Kumpulan Wang rizab Negeri kepada mana-mana Negeri bagi
maksud pembangunan atau pada amnya untuk menambah hasil
Negeri itu.
penyerahhakan cukai dan fi kepada negeri
110. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), setiap Negeri hendaklah
menerima segala hasil daripada cukai, fi dan sumber hasil lain
yang dinyatakan dalam Bahagian iii jadual Kesepuluh setakat yang
dipungut, dilevikan atau diperdapatkan di dalam Negeri itu.
(2) Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-
undang menggantikan mana-mana sumber hasil yang dinyatakan
dalam seksyen 1, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 12 atau 14 Bahagian iii jadual
Kesepuluh atau mana-mana sumber hasil yang digantikan
sedemikian dengan suatu sumber hasil lain yang pada hakikatnya
sama nilainya.
(3) Setiap Negeri hendaklah menerima, atas apa-apa terma dan
syarat yang diperuntukkan melalui atau di bawah undang-undang
persekutuan, sepuluh peratus atau apa-apa amaun yang lebih besar
yang diperuntukkan sedemikian daripada duti eksport atas timah
yang dikeluarkan di dalam Negeri itu.
(3a) Parlimen boleh melalui undang-undang memperuntukkan
bahawa setiap Negeri hendaklah menerima, atas apa-apa terma
dan syarat yang ditetapkan melalui atau di bawah undang-undang
persekutuan, apa-apa perkadaran yang ditetapkan sedemikian
daripada duti eksport atas mineral (selain timah) yang dikeluarkan
di dalam Negeri itu.
Dalam Perkara ini “mineral” ertinya bijih mineral, logam dan
minyak mineral.

