Page 203 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 203
[Perkara 110] Perlembagaan Persekutuan 112
(3b) Tanpa menjejaskan kuasa untuk mengenakan syarat yang
diberikan oleh Fasal (3) atau (3a), Parlimen boleh melalui undang-
undang membuat peruntukan bagi melarang atau menyekat dalam
apa-apa hal, atau kecuali dalam apa-apa hal, sebagaimana yang
diperuntukkan melalui atau di bawah undang-undang itu, pelevian
royalti ke atas mineral atau caj-caj yang seumpamanya berkenaan
dengan mineral (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara
lain atau di bawah mana-mana enakmen Negeri, dan sama ada
surat cara itu telah dibuat atau enakmen itu diluluskan sebelum
atau selepas permulaan kuat kuasa Fasal ini).
(4) Tanpa menjejaskan peruntukan Fasal (1) hingga (3a),
Parlimen boleh melalui undang-undang—
(a) menyerahhakkan kepada Negeri-Negeri keseluruhan atau
apa-apa bahagian daripada hasil apa-apa cukai atau fi yang
diperdapatkan atau dilevikan oleh Persekutuan; dan
(b) menyerahhakkan kepada Negeri-Negeri tanggungjawab
bagi memungut, bagi maksud Negeri, apa-apa cukai atau
fi yang dibenarkan oleh undang-undang persekutuan.
(5) Amaun yang boleh diterima oleh Negeri di bawah
Fasal (1), (2) atau (4) tidaklah boleh dibayar ke dalam Kumpulan
Wang Disatukan; dan amaun yang boleh diterima oleh Negeri
di bawah Fasal (3) dan (3a) hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang Disatukan.
sekatan untuk meminjam
111. (1) Persekutuan tidak boleh meminjam kecuali di bawah
kuasa undang-undang persekutuan.
(2) Sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah
kuasa undang-undang Negeri, dan undang-undang Negeri tidak
boleh memberi kuasa sesuatu Negeri untuk meminjam kecuali
daripada Persekutuan atau, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi
lima tahun, daripada suatu bank atau sumber kewangan lain
yang diluluskan bagi maksud itu oleh Kerajaan Persekutuan, dan
tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Kerajaan
Persekutuan.
(3) Sesuatu Negeri tidak boleh memberikan apa-apa jaminan
kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan jaminan itu
tidak boleh diberikan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan
dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.

