Page 206 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 206
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 112
Fasal (2)(a) & (b)
Perkataan “atau apa-apa amaun lain ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong”
dimasukkan selepas perkataan “sebulan” oleh Akta A354, seksyen 24, berkuat kuasa dari
27-08-1976.
bahagian VII
Tajuk Bab 2 “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan perkataan “Negeri Sabah dan Sarawak”
oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
per. 112a
Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 50, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Fasal (1)
a. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo atau Singapura” digantikan dengan “setiap Negeri
Borneo” dan perkataan “mana-mana Negeri itu” digantikan dengan “salah satu Negeri
itu” oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.
b. Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
c. Perkataan “gabenor” digantikan dengan perkataan “Yang di-Pertua Negeri” oleh
Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (2)
Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (3)
Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.

