Page 207 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 207

[Perkara  112a]     Perlembagaan  Persekutuan                   114

                Dengan syarat bahawa semasa pegawai kanan itu tidak ada atau
              tidak berupaya, atau semasa jawatannya kosong, kuasa dan tugas
              itu hendaklah dijalankan dan ditunaikan oleh Ketua Audit Negara
              atau mana-mana  pegawai jabatannya  yang  ditetapkan  olehnya.



              kuasa meminjam  bagi negeri  sabah  dan  sarawak

              112b.  Fasal (2) Perkara 111 tidak boleh menyekat kuasa Negeri
              Sabah  atau  Sarawak  untuk  meminjam  di  bawah  kuasa  undang-
              undang  Negeri  di  dalam  Negeri  itu,  jika  peminjaman  itu  telah
              mendapat  kelulusan  Bank  Negara  yang  ada  pada  masa  itu  bagi
              Persekutuan.



              pemberian  khas  dan  penyerahhakan  hasil  kepada  negeri
              sabah dan  sarawak

              112c.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan Perkara 112D dan kepada
              apa-apa batasan yang dinyatakan dalam seksyen yang berkenaan
              dalam jadual  Kesepuluh—
                    (a)  Persekutuan  hendaklah  membuat  kepada  Negeri  Sabah
                        dan  Sarawak  berkenaan  dengan  setiap  tahun  kewangan
                        pemberian  yang  dinyatakan  dalam  Bahagian  iV  jadual
                        itu;  dan

                    (b)  setiap Negeri itu hendaklah menerima segala hasil daripada
                        cukai, fi dan dius yang dinyatakan dalam Bahagian V jadual
                        itu, setakat yang dipungut, dilevikan atau diperdapatkan
                        di  dalam  Negeri  itu,  atau  apa-apa  bahagian  daripada
                        hasil itu  sebagaimana  yang  dinyatakan sedemikian.

                (2)  Amaun yang dikehendaki untuk membuat pemberian yang
              dinyatakan  dalam  Bahagian  iV  tersebut,  dan  amaun  yang  boleh
              diterima  oleh  Negeri  Sabah  atau  Sarawak  di  bawah  seksyen  3
              atau  4  Bahagian  V  tersebut,  hendaklah  dipertanggungkan  pada
              Kumpulan  Wang  Disatukan;  dan  amaun  yang  selainnya  boleh
              diterima oleh  Negeri Sabah  atau Sarawak  di  bawah  Bahagian V
              tersebut  tidaklah  boleh  dibayar  ke  dalam  Kumpulan  Wang
              Disatukan.

                (3)  Dalam  Perkara  110,  Fasal  (3a)  dan  (4)  tidaklah  terpakai
              bagi Negeri Sabah  atau  Sarawak.
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212