Page 231 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 231

[Perkara  121]      Perlembagaan  Persekutuan                   126

                    (a)  bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan
                        Mahkamah  Tinggi  atau  seseorang  hakimnya  (kecuali
                        keputusan  Mahkamah  Tinggi  yang  diberikan  oleh
                        pendaftar  atau  pegawai  lain  Mahkamah  itu  dan  yang
                        boleh  dirayukan  kepada  seorang  hakim  Mahkamah  itu
                        di bawah undang-undang persekutuan);  dan

                    (b)  apa-apa  bidang  kuasa  lain  yang  diberikan  oleh  atau  di
                        bawah  undang-undang  persekutuan.

                (2)  Maka  hendaklah  ada  suatu  mahkamah  yang  dikenali
              sebagai  Mahkamah  Persekutuan  dan  yang  mempunyai  pejabat
              pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat yang ditentukan
              oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah
              mempunyai bidang kuasa yang berikut,  iaitu—
                    (a)  bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan
                        Mahkamah  rayuan,  Mahkamah  Tinggi  atau  seseorang
                        hakimnya;

                    (b)  apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan
                        dalam  Perkara 128  dan 130; dan
                    (c)  apa-apa  bidang  kuasa  lain  yang  diberikan  oleh  atau  di
                        bawah  undang-undang  persekutuan.

                (3)  Tertakluk kepada apa-apa batasan yang dikenakan oleh atau
              di  bawah  undang-undang  persekutuan,  apa-apa  perintah,  dekri,
              penghakiman  atau  proses  mahkamah-mahkamah  yang  disebut
              dalam  Fasal  (1)  atau  mana-mana  hakimnya  hendaklah  (setakat
              yang  dibenarkan  oleh  keadaannya)  berkuat  kuasa  dan  berkesan
              sepenuhnya  mengikut  maksudnya  di  seluruh  Persekutuan,  dan
              boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan di mana-mana bahagian
              Persekutuan dengan sewajarnya; dan undang-undang persekutuan
              boleh  membuat  peruntukan  supaya  mahkamah-mahkamah  di
              satu  bahagian  Persekutuan  atau  pegawai-pegawainya  bertindak
              membantu mahkamah-mahkamah  di  suatu  bahagian  lain.

                (4)  Pada  menentukan  tempat  pejabat  pendaftaran  utama  bagi
              Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong
              hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang hendaklah
              berunding  dengan  Ketua-Ketua  Menteri  bagi  Negeri  Sabah  dan
              Sarawak dan  Hakim Besar Mahkamah Tinggi  itu.
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236