Page 233 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 233
[Perkara 122] Perlembagaan Persekutuan 127
keanggotaan mahkamah persekutuan
122. (1) Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada
seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar “Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan”), Presiden Mahkamah rayuan,
Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan, sehingga diperuntukkan
selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, empat*
orang hakim lain dan apa-apa bilangan hakim tambahan yang
dilantik menurut Fasal (1a).
(1a) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam
Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas
nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melantik
mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang
tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah
Persekutuan bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa
yang ditentukan olehnya:
Dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian
menjadi tidak layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah
mencapai umur enam puluh enam tahun.
(2) Seseorang hakim Mahkamah rayuan selain Presiden
Mahkamah rayuan boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah
Persekutuan jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa
kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian, dan hakim
itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak
keadaan) oleh Ketua Hakim Negara.
keanggotaan mahkamah rayuan
122a. (1) Mahkamah rayuan hendaklah terdiri daripada seorang
pengerusi (yang digelar “Presiden Mahkamah rayuan”) dan,
sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang
di-Pertuan Agong, sepuluh** orang hakim lain.
(2) Seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai
hakim Mahkamah rayuan jika Presiden Mahkamah rayuan
berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang
sedemikian, dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu
(mengikut kehendak keadaan) oleh Presiden Mahkamah rayuan
selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.
*Sekarang “tidak melebihi sebelas”—lihat P.U. (A) 163/2009.
**Sekarang “tidak melebihi tiga puluh dua”—lihat P.U. (A) 164/2009.

