Page 232 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 232

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  121—(samb.)
                       Fasal  (2)
                         a.  Perkataan  “Mahkamah  Persekutuan”  digantikan  dengan  “Mahkamah  Agung
                           (Supreme Court)” oleh Akta A566, perenggan 15(a), berkuat  kuasa dari 01-01-1985.
                         b.  Perenggan  (c)  dimasukkan  oleh  Akta  A566,  perenggan  15(b),  berkuat  kuasa  dari
                           01-01-1985.
                         c.  Perkataan  “Bidang  kuasa  yang  berikut  adalah  terletak  hak  pada”  digantikan  dengan
                           perkataan “Maka hendaklah ada” oleh Akta A704, perenggan 8(d), berkuat kuasa dari
                           10-06-1988.
                         d.  Perkataan  “dan  Mahkamah Agung  hendaklah  mempunyai  bidang  kuasa  yang  berikut”
                           dimasukkan selepas perkataan “Kuala Lumpur” oleh Akta A704, perenggan 8(e), berkuat
                           kuasa dari 10-06-1988.
                         e.  Perkataan  “Kuala  Lumpur”  digantikan  dengan  “mana-mana  tempat  yang  ditentukan
                           oleh  Yang  di-Pertuan  Agong”  oleh  Akta  A1260,  perenggan  3(b),  berkuat  kuasa  dari
                           10-10-2003.
                         f.  Perkataan  “Mahkamah  Agung”  digantikan  dengan  “Mahkamah  Persekutuan”  oleh
                           Akta A885, subperenggan 13(c)(i), berkuat kuasa dari  24-06-1994.
                         g.  Perenggan  (a)  digantikan  oleh Akta A885,  subperenggan  13(c)(ii),  berkuat  kuasa  dari
                           24-06-1994.  Perenggan (a)  yang asal berbunyi seperti yang berikut:
                            “(a)  bidang kuasa eksklusif untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
                                Tinggi  atau  seseorang  hakimnya  (kecuali  keputusan  Mahkamah  Tinggi  yang
                                diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain mahkamah itu dan yang boleh dirayukan
                                di bawah undang-undang persekutuan kepada seorang hakim Mahkamah itu);”.

                       Catatan:
                         1.  Sebaik sahaja seksyen 15, 16 dan 17 Akta A566 mula berkuat kuasa pada 01-01-1985,
                           semua sebutan dalam atau di bawah Perlembagaan atau dalam atau di bawah mana-mana
                           undang-undang  bertulis  yang  lain  mengenai  Mahkamah  Persekutuan  dan  hakim  serta
                           pegawai  Mahkamah  Persekutuan  itu  hendaklah  ditafsirkan  sebagai  sebutan  mengenai
                           Mahkamah Agung dan  hakim serta  pegawainya masing-masing.
                         2.  Mahkamah Tinggi di Borneo yang ditubuhkan di bawah Fasal (1)(b) Perkara 121 Perlembagaan
                           hendaklah,  sehingga  suatu  masa  yang  diperuntukkan  oleh  Yang  di-Pertuan  Agong
                           selainnya melalui perintah, mempunyai bidang kuasa di Wilayah Persekutuan Labuan—
                           lihat seksyen 16 Akta A585.
                       Fasal  (4)
                         a.  Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
                           Akta A354, seksyen 43, berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                         b.  Perkataan  “Borneo”  digantikan  dengan  perkataan  “Sabah  dan  Sarawak”  oleh
                           Akta A885, perenggan  13(d),  berkuat kuasa dari 24-06-1994.
                         c.  lihat—
                            i.  Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [akta  91];
                           ii.  Akta Mahkamah rendah 1948 [akta  92].
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237