Page 234 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 234
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 122
1. Perkara ini dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 15, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Perkara yang dahulu seperti yang terdapat pada tarikh pemansuhan berbunyi seperti yang
berikut:
“122. (1) Mahkamah Agung hendaklah terdiri daripada seorang Hakim Besar dan
hakim-hakim lain; tetapi bilangan hakim yang lain itu tidak boleh melebihi lima belas
sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya.
(2) Hakim Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Agung hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong.
(3) Pada melantik Hakim Besar Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut
nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis raja-raja; dan pada melantik
hakim-hakim lain Mahkamah Agung dia hendaklah, bertindak mengikut nasihat Perdana
Menteri, selepas berunding dengan Majlis raja-raja dan menimbangkan nasihat Hakim
Besar.”.
2. Perkataan “Persekutuan” digantikan dengan “Agung” oleh Akta A566, subseksyen 16(1),
berkuat kuasa dari 01-01-1985.
3. Dalam nota bahu Fasal (1), (1a) dan (2) perkataan “Agung” digantikan dengan “Persekutuan”
oleh Akta A885, perenggan 14(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (1)
a. Perkataan “empat orang hakim lain dan apa-apa bilangan hakim tambahan yang dilantik
menurut Fasal (2)” menggantikan perkataan “dua orang hakim lain” di hujung Fasal oleh
Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 01-07-1965.
b. Perkataan “Parlimen memperuntukkan selainnya” digantikan dengan “diperuntukkan
selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong” oleh Akta A354, seksyen 26,
berkuat kuasa dari 27-08-1976.
c. Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung”)”, digantikan dengan perkataan
“Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan”), Presiden Mahkamah rayuan,” oleh
Akta A885, subperenggan 14(b)(ii), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (1a)
a. Fasal ini ditambahkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari
01-07-1965.
b. Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” digantikan dengan “Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan” oleh Akta A885, subperenggan 14(c)(i), berkuat kuasa
dari 24-06-1994.
c. Perkataan “enam puluh lima tahun” digantikan dengan “enam puluh enam tahun” oleh
Akta A1239, seksyen 2, berkuat kuasa dari 21-03-2005.
Fasal (2)
Perkataan “Mahkamah Tinggi selain Hakim Besar” digantikan dengan perkataan “Mahkamah
rayuan selain Presiden Mahkamah rayuan” oleh Akta A885, subperenggan 14(d)(i), berkuat
kuasa dari 24-06-1994.
per. 122a
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 16, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Fasal (1)
a. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, memansuhkan perenggan (c)
yang berbunyi seperti yang berikut:
“(c) lapan di Mahkamah Tinggi di Singapura”.

