Page 276 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 276

148                 Perlembagaan Persekutuan           [Perkara  142]

                      (2)  Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang tidaklah boleh dilantik
                    menjadi anggota mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian
                    ini terpakai jika dia ialah, dan hendaklah dipecat melalui perintah
                    Yang di-Pertuan Agong  jika  dia  menjadi—

                          (a)  anggota mana-mana  perkhidmatan  awam;
                          (b)  pegawai atau pekerja mana-mana pihak berkuasa tempatan,
                              atau  mana-mana  badan,  sama  ada  diperbadankan  atau
                              selainnya,  atau  mana-mana  badan  atau  pihak  berkuasa
                              yang  ditubuhkan  oleh  undang-undang  bagi  maksud
                              awam;
                          (c)  anggota  sesuatu  kesatuan  sekerja  atau  sesuatu  badan
                              atau persatuan yang bergabung dengan sesuatu kesatuan
                              sekerja.

                      (2a)  Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan
                    yang diperuntukkan di bawah Fasal (2), Pengerusi atau Timbalan
                    Pengerusi  mana-mana  Suruhanjaya  yang  baginya  Bahagian
                    ini  terpakai  hilang  kelayakan  untuk  memegang  jawatan  itu
                    jika  selepas  tiga  bulan  dari  pelantikannya  ke  jawatan  itu  atau
                    pada  bila-bila  masa  selepas  itu  dia  ialah  atau  menjadi  anggota
                    mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai
                    atau  pekerja,  atau  melibatkan  diri  dalam  hal  ehwal  atau  urusan,
                    mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau
                    selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian
                    atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa
                    saraan,  hadiah, untung  atau faedah daripadanya:

                      Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai
                    jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan
                    atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau
                    mana-mana  bahagiannya,  atau  apa-apa  kerja  atau  tujuan  lain
                    yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima
                    apa-apa  saraan,  hadiah, untung  atau  faedah  daripadanya.

                      (3)  Fasal  (2)  tidak  terpakai  bagi  anggota  ex  officio;  dan
                    seorang  anggota  mana-mana  perkhidmatan  awam  boleh  dilantik
                    untuk menjadi dan boleh terus menjadi Pengerusi atau Timbalan
                    Pengerusi  bagi  mana-mana  Suruhanjaya  tersebut  dan  jika  dia
                    bercuti sebelum bersara, dia boleh dilantik menjadi anggota lain
                    bagi mana-mana  Suruhanjaya tersebut.
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281