Page 273 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 273

[Perkara  140]      Perlembagaan  Persekutuan                   147

                    (e)  apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Suruhanjaya itu
                        perlu atau suai manfaat dibuat peruntukan mengenainya
                        untuk melaksanakan fungsinya  dengan  lebih  baik.


                (7)  Dalam Perkara ini “pertukaran” tidak termasuk pertukaran
              tanpa perubahan pangkat  dalam  pasukan  polis.



              141.  (Dimansuhkan).



              suruhanjaya  perkhidmatan pendidikan

              141a.  (1)  Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan
              Pendidikan  yang  bidang  kuasanya  hendaklah,  tertakluk  kepada
              Perkara  144,  meliputi  semua  orang  yang  menjadi  anggota
              perkhidmatan  yang  disebut  dalam  perenggan  (h)  Fasal  (1)
              Perkara 132.

                (2)  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Pendidikan  hendaklah  terdiri
              daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
              Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat
              Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis raja-raja,
              iaitu,  seorang  Pengerusi,  seorang  Timbalan  Pengerusi  dan  tidak
              kurang daripada empat orang anggota lain; tetapi bilangan anggota
              lain  itu  tidak  boleh,  sehingga  diperuntukkan  selainnya  melalui
              perintah oleh Yang  di-Pertuan Agong,  melebihi lapan*  orang.

                (3)  Seseorang  anggota  mana-mana  perkhidmatan  awam  yang
              dilantik  menjadi  Pengerusi  atau  Timbalan  Pengerusi  tidaklah
              layak memegang apa-apa jawatan selanjutnya dalam perkhidmatan
              Persekutuan  selain  sebagai  anggota  sesuatu  Suruhanjaya  yang
              baginya Bahagian ini  terpakai.



              peruntukan  am  yang  berhubungan  dengan  suruhanjaya

              142.  (1) Tertakluk  kepada  perenggan  (a)  Fasal  (3)  Perkara  140,
              seseorang  ahli  mana-mana  satu  Majlis  Parlimen  atau  Dewan
              Undangan  sesuatu  Negeri  tidak  boleh  menjadi  atau  dilantik
              menjadi anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini
              terpakai.

              *Kemudiannya  “dua belas”—lihat P.U. (A) 150/1990.
              *Sekarang  “enam  belas”—lihat P.U. (A) 169/2001.
   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278