Page 277 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 277

[Perkara  142]      Perlembagaan  Persekutuan                   149

                (3a)  jika,  dalam  apa-apa  tempoh,  Pengerusi  mana-mana
              Suruhanjaya  tersebut  telah  diberi  kebenaran  bercuti  oleh  Yang
              di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya kerana
              dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain,
              maka Timbalan Pengerusi Suruhanjaya itu hendaklah menunaikan
              fungsi Pengerusi selama tempoh itu, dan jika Timbalan Pengerusi
              juga  tidak  ada  atau  tidak  dapat  menunaikan  fungsi  itu,  maka
              seorang  anggota  Suruhanjaya  itu  boleh  dilantik  oleh  Yang
              di-Pertuan  Agong  untuk  menunaikan  fungsi  Pengerusi  selama
              tempoh itu.

                (4)  jika, dalam apa-apa tempoh, seseorang anggota mana-mana
              Suruhanjaya  tersebut  telah  diberi  kebenaran  bercuti  oleh  Yang
              di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya sebagai
              seorang anggota kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit
              atau apa-apa sebab  lain, maka—

                    (a)  sekiranya dia seorang anggota dilantik, Yang di-Pertuan
                        Agong  boleh  melantik  mana-mana  orang  yang  layak
                        dilantik  untuk  mengambil  tempatnya  bagi  menjalankan
                        fungsinya  selama  tempoh  itu,  dan  pelantikan  orang  itu
                        hendaklah dibuat mengikut cara yang sama sebagaimana
                        pelantikan anggota yang fungsinya hendaklah dijalankan
                        olehnya itu;
                    (b)  sekiranya dia seorang anggota ex officio, mana-mana orang
                        yang diberi kuasa di bawah undang-undang persekutuan
                        untuk  melaksanakan  fungsi  jawatannya  boleh  selama
                        tempoh itu melaksanakan juga fungsinya sebagai seorang
                        anggota Suruhanjaya itu.

                (5)  Sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai boleh
              bertindak walaupun ada sesuatu kekosongan dalam keanggotaannya,
              dan tiada prosiding sesuatu Suruhanjaya itu boleh menjadi tidak
              sah  semata-mata  oleh  sebab  seseorang  yang  tidak  berhak  hadir
              telah mengambil  bahagian dalam  prosiding  itu.

                (6)  Sebelum  menjalankan fungsinya  sebagai  seorang  anggota
              mana-mana Suruhanjaya tersebut atau di bawah Fasal (4) mana-
              mana orang selain seorang anggota ex officio hendaklah mengangkat
              dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah taat setia yang
              dinyatakan  dalam  jadual  Keenam  di  hadapan  seorang  hakim
              Mahkamah  Persekutuan,  Mahkamah  rayuan  atau  Mahkamah
              Tinggi.
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282