Page 274 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 274

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  141
                       1.  lihat Per. 148(1).
                       Fasal  (2)
                       Perkataan  “menurut  budi  bicaranya  tetapi  selepas  menimbangkan  nasihat  Perdana  Menteri
                       dan  selepas  berunding  dengan  Majlis  raja-raja”  yang  ditunjukkan  dalam  huruf  condong  di
                       bawah, dimasukkan  oleh Akta  10/1960,  seksyen 23, berkuat kuasa  dari  31-05-1960.
                       2.  Perkara  ini  yang  berbunyi  seperti  yang  berikut  dimansuhkan  oleh  Akta  A514,
                       subseksyen  10(1), berkuat  kuasa dari 15-05-1981:
                          “141.  (1)  Tertakluk kepada Fasal (4), maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan
                          Kereta Api yang bidang kuasanya hendaklah tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua
                          orang yang menjadi anggota perkhidmatan kereta api.
                            (2)  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Kereta  Api  hendaklah  terdiri  daripada  anggota  yang
                          berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas
                          menimbangkan nasihat Perdana menteri dan selepas berunding dengan majlis raja-raja,
                          iaitu, seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak kurang daripada dua tetapi
                          tidak  lebih  daripada  enam  orang  anggota  lain;  dan  sama  ada  pengerusi  atau  timbalan
                          pengerusi  hendaklah,  dan  kedua-duanya  boleh,  dilantik  daripada  kalangan  orang  yang
                          menjadi atau pernah pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh
                          pelantikan pertama  mereka menjadi  anggota mana-mana perkhidmatan awam.
                            (3)  Salah seorang daripada anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api  hendaklah
                          dilantik  daripada  kalangan  anggota  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  dan  dua  orang
                          anggota  lain  hendaklah  jika  orang  yang  sesuai  yang  mempunyai  pengalaman  dalam
                          perkhidmatan  kereta  api  atau  pentadbiran  kereta  api  boleh  didapati,  dilantik  daripada
                          kalangan  orang yang sedemikian.
                            (4)  Seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang dilantik menjadi pengerusi
                          atau  timbalan  pengerusi  tidaklah  layak  memegang  apa-apa  jawatan  seterusnya  dalam
                          perkhidmatan  Persekutuan  selain  sebagai  anggota  sesuatu  Suruhanjaya  yang  baginya
                          Bahagian ini  terpakai.
                            (5)  jika  perkhidmatan  kereta  api  terhenti  menjadi  perkhidmatan  awam  Persekutuan,
                          maka Parlimen boleh melalui undang-undang menghapuskan Suruhanjaya Perkhidmatan
                          Kereta Api.”.
                       Catatan:
                       Akta  A514,  seksyen  10,  berkuat  kuasa  dari  15-05-1981,  yang  memansuhkan  Perkara  141
                       membuat  peruntukan  dalam subseksyen  (2)  seperti yang berikut:
                         “(2)  Sebaik sahaja  berkuat kuasanya Akta ini—
                             (a)  apa-apa perkara atau prosiding berkenaan dengan seseorang anggota perkhidmatan
                                kereta  api  yang  menanti  keputusan  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Api  hendaklah
                                diteruskan oleh Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam;
                             (b)  apa-apa  pewakilan  yang  dibuat  kepada  mana-mana  orang  atau  Lembaga  oleh
                                Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api di bawah Fasal (6) Perkara 144 hendaklah
                                terus  mempunyai  kuat  kuasa  dan  kesan  sepenuhnya  melainkan  jika  dibatalkan
                                selainnya;
                             (c)   pelantikan mana-mana orang sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta
                                Api  hendaklah  terhenti  berkuat kuasa; dan
                             (d)  apa-apa  sebutan  mengenai  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Kereta Api  dalam  mana-
                                mana  undang-undang  bertulis  hendaklah  ditafsirkan  sebagai  sebutan  mengenai
                                Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.”.
                    per.  141a
                       1.  lihat Per.  148(1).
                       2.  Perkara  ini dimasukkan  oleh Akta A193, seksyen 4, berkuat kuasa dari 01-01-1974.
   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279