Page 282 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 282
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 144—(samb.)
Fasal (3)
a. Perkataan “selain jawatan-jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan”
yang terdapat selepas “serupa tarafnya” dipotong oleh Akta 10/1960, perenggan 25(a),
berkuat kuasa dari 31-05-1960, tetapi dimasukkan semula oleh Akta 26/1963, subseksyen
53(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
b. Perkataan “selain jawatan-jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan” itu
dipotong oleh Akta A354, seksyen 34, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
c. Berkenaan dengan senarai jawatan-jawatan ditetapkan—lihat P.U. (S.B.) 119/1957 &
397/1958.
Fasal (4)
a. Perkataan “mana-mana raja suatu Suruhanjaya yang bersamaan taraf dan bidang kuasa”
digantikan dengan “suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri” oleh Akta 26/1963,
seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
b. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (5)(b)
Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (5a)
a. Ditambahkan oleh Akta 10/1960, perenggan 25(b), berkuat kuasa dari 31-05-1960.
b. Perkataan “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (5b),” dimasukkan oleh
Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966.
c. Dalam proviso kepada perenggan (a), perkataan “atau untuk apa-apa kuasa menaikkan
pangkat” digantikan dengan “atau apa-apa kuasa menaikkan pangkat” oleh Akta A31,
seksyen 6, berkuat kuasa dari 24-03-1971.
2. lihat—
i. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1967, dalam
P.U. 291/1967, seperti yang dipinda oleh P.U. 180/1968, 249/1968, P.U. (A) 285/1969.
ii. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1967, dalam P.U. 292/1967,
seperti yang dipinda oleh P.U. 181/1968, 249/1968, P.U. (A) 284/1969.
iii. Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Kenaikan Pangkat) (Lembaga rayuan)
1968, dalam P.U. 386/1968.

