Page 286 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 286
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 144—(samb.)
Fasal (6a): Ditambahkan oleh Akta 25/1963, seksyen 4, berkuat kuasa dari 29-08-1963.
Fasal (8): lihat Per. 146c(3).
per. 145
Perkara yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 26, berkuat kuasa dari
16-09-1963. Perkara yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“145. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, selepas berunding dengan Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, melantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan seorang Peguam Negara, yang hendaklah seorang yang
berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.
(2) Peguam Negara hendaklah memberi nasihat mengenai perkara undang-undang yang
dirujukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau jemaah Menteri, dan hendaklah
mempunyai kuasa, yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan,
menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding
di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
(3) Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau
tribunal dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di
hadapan mana-mana mahkamah atau tribunal itu.
(4) Tertakluk kepada Fasal (5), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan
sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau lebih, tidak lewat daripada enam
bulan selepas dia mencapai umur itu, sebagaimana yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan
Agong.
(5) Peguam Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah
boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan-alasan dan mengikut cara yang sama
seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.”.
Fasal (1) & (6)
a. Perkataan “Mahkamah Besar” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan” oleh
Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
b. Subseksyen 18(2), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa
sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
Mahkamah Agung.
c. Perkataan “Agung” digantikan dengan “Persekutuan” oleh Akta A885, seksyen 34, berkuat
kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (3)
Perkataan “mahkamah anak negeri” dimasukkan selepas “mahkamah Syariah” oleh Akta
26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Fasal (3a): Ditambahkan oleh Akta A704, seksyen 10, berkuat kuasa dari 10-06-1988.

