Page 283 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 283
[Perkara 144] Perlembagaan Persekutuan 152
pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau perjawatan
berpencen, atau apa-apa kuasa kenaikan pangkat (selain
kenaikan pangkat bagi menyandang jawatan memangku);
dan
(b) mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan mana-
mana kuasa kawalan tatatertib oleh mana-mana pegawai
atau lembaga pegawai itu boleh merayu kepada Suruhanjaya
dalam masa dan mengikut cara yang ditetapkan oleh
mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan,
dan Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perintah yang
difikirkannya adil mengenainya.
(5b) (i) Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan
Perkara 139 dan Perkara 141a, semua kuasa dan fungsi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 dan Perkara 141a, selain
kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau
perjawatan berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
(ii) Mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan mana-
mana kuasa atau fungsi yang disebut terdahulu itu oleh lembaga
itu boleh merayu kepada suatu Lembaga rayuan yang dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong.
(iii) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui peraturan-peraturan
membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan
dengan pelantikan anggota-anggota lembaga atau Lembaga rayuan
itu, dan tatacara yang hendaklah diikuti olehnya di bawah Fasal
ini.
(iv) jika Yang di-Pertuan Agong telah melantik lembaga di
bawah perenggan (i) Fasal ini bagi maksud menjalankan mana-
mana kuasa atau fungsi yang disebut di bawah perenggan itu, maka
kuasa atau fungsi itu hendaklah terhenti daripada dijalankan oleh
Suruhanjaya tersebut selagi kuasa atau fungsi itu masih menjadi
kuasa atau fungsi yang hendaklah dijalankan oleh lembaga itu.
(6) Sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini
terpakai boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah
Fasal (1) berkenaan dengan apa-apa gred perkhidmatan kepada
mana-mana pegawai dalam sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh
bidang kuasanya, atau kepada mana-mana lembaga pegawai itu
yang dilantik olehnya, dan pegawai atau lembaga itu hendaklah
menjalankan fungsi itu di bawah arahan dan kawalan Suruhanjaya
itu.

