Page 288 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 288
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 146
Fasal (2)
a. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
b. lihat Per. 146c(3).
per. 146a
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 54, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Perkara ini
dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 35, berkuat kuasa dari 27-08-1976 dan berbunyi seperti
yang berikut:
“146a. (1) Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan
yang diambil kerja di Negeri-Negeri Borneo, fungsi-fungsi yang akan dijalankan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah, selagi Perkara ini berkuat
kuasa, dijalankan oleh cawangan Suruhanjaya itu yang ditubuhkan bagi Negeri-Negeri Borneo.
(2) Cawangan Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo
hendaklah terdiri daripada—
(a) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Borneo, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) penasihat-penasihat undang-undang Negeri-Negeri Borneo;
(c) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (jika ada) di setiap Negeri Borneo;
dan
(d) dua orang yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan daripada kalangan anggota badan
induk Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam.
(3) (Dimansuhkan).
(4) (Dimansuhkan).
(5) Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, selagi terdapat cawangan Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo di bawah Perkara
ini, bidang kuasa Suruhanjaya itu hendaklah meliputi semua anggota perkhidmatan awam
bagi sesuatu Negeri Borneo yang dipinjamkan kepada perkhidmatan kehakiman dan
perundangan, dan bagi maksud Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
mereka hendaklah disifatkan sebagai anggota-anggota perkhidmatan itu.
(6) Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas
itu berhubung dengan Negeri-Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan
Persekutuan.”.
2. lihat Per. 138(2), 146c(1), (2) & (3).
3. Dalam nota bahu, perkataan “cawangan-cawangan” digantikan dengan “cawangan” oleh
Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966.
Fasal (1)
Perkataan “atau di Singapura” dan “atau bagi Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan”
yang terdapat selepas “Negeri-Negeri Borneo” dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat
kuasa dari 19-09-1966.

