Page 300 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 300
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 150—(samb.)
Fasal (2a)
a. Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 15(b), berkuat kuasa dari 15-05-1981.
b. Perkataan “untuk mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat” dimasukkan selepas perkataan
“oleh Perkara ini”, perkataan “sebagaimana dinasihatkan oleh Perdana Menteri,”
dimasukkan selepas perkataan “hal-hal keadaan yang berlainan”. Perkataan “oleh
Yang di-Pertuan Agong” dipotong. Pindaan-pindaan ini dibuat oleh Akta A566,
perenggan 20(e), (f) dan (g), berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (2b)
a. Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 15(b), berkuat kuasa dari 15-05-1981.
b. Perkataan “Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu
yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang
di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya
dikehendaki mengikut hal-hal keadaan” digantikan dengan “Perdana Menteri berpuas hati
bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu diambil tindakan serta-
merta, maka dia hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memasyhurkan
apa-apa ordinan sebagaimana yang didapati perlu oleh Perdana Menteri, dan Yang
di-Pertuan Agong hendaklah kemudiannya memasyhurkan ordinan-ordinan itu dengan
sewajarnya” oleh Akta A566, perenggan 20(h), berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (2C)
a. Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 15(c), berkuat kuasa dari 15-05-1981.
b. Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” dipotong oleh Akta A566, perenggan 20(i), berkuat
kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (3)
a. Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 29, berkuat kuasa dari
31-05-1960, dan menggantikan Fasal asal yang berbunyi seperti yang berikut:
“(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2)
hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih
dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa—
(a) sesuatu Proklamasi, apabila habis tempoh dua bulan mulai tarikh Proklamasi itu
dikeluarkan; dan
(b) sesuatu ordinan, apabila habis tempoh lima belas hari mulai tarikh kedua-dua
Majlis bersidang pertama kali,
melainkan jika, sebelum habis tempoh itu, Proklamasi atau ordinan itu telah diluluskan
melalui suatu ketetapan setiap Majlis Parlimen.”.
b. Perkataan “Fasal (2)” digantikan dengan “Fasal (2b)” oleh Akta A514, perenggan 15(c),
berkuat kuasa dari 15-05-1981.
c. Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” dipotong oleh Akta A566, perenggan 20(j), berkuat
kuasa dari 16-12-1983.

