Page 79 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 79

[Perkara  38]       Perlembagaan  Persekutuan                    49

                    (c)  memperkenankan  atau  tidak  memperkenankan  apa-apa
                        undang-undang  yang  mengubah  sempadan-sempadan
                        sesuatu  Negeri  atau  yang  menyentuh  keistimewaan,
                        kedudukan, kemuliaan  atau  kebesaran raja-raja;
                    (d)  mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa
                        perbuatan,  amalan  atau  upacara  agama  diperluas  ke
                        Persekutuan  secara menyeluruh;
                    (e)  pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1)
                        Perkara  182;  atau
                    (f)  memberi  ampun,  tunda  hukum  dan  lega  hukum,  atau
                        meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman,
                        di bawah Fasal  (12) Perkara  42.

                (7)  (Dimansuhkan).


                                   Bab  3—Badan eksekutif

              kuasa eksekutif  persekutuan


              39.  Kuasa  eksekutif  Persekutuan  hendaklah  terletak  hak  pada
              Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-
              mana undang-undang persekutuan dan peruntukan jadual Kedua,
              bolehlah dijalankan olehnya atau oleh jemaah Menteri atau oleh
              mana-mana  Menteri  yang  diberi  kuasa  oleh  jemaah  Menteri,
              tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi
              eksekutif kepada orang lain.



              Yang di-pertuan agong hendaklah bertindak mengikut nasihat

              40.  (1)  Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini
              atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
              bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri atau nasihat seseorang
              Menteri yang bertindak di bawah kuasa am jemaah Menteri, kecuali
              sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini;
              tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk
              mendapat  apa-apa  maklumat  berkenaan  dengan  pemerintahan
              Persekutuan  yang  boleh  didapati  oleh jemaah  Menteri.


                (1a)  Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini
              atau  undang-undang  persekutuan,  jika  Yang  di-Pertuan  Agong
              dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas
              menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima
              dan  bertindak  mengikut  nasihat itu.
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84