Page 82 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 82
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 40—(samb.)
Fasal (1a): Dimasukkan oleh Akta A885, seksyen 4, berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (3): lihat Per. 42(4)(a).
per. 42
Fasal (1), (2) & (10)
a. Perkataan “Wilayah Persekutuan” digantikan dengan “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan” oleh Akta A585, perenggan 12(a), berkuat kuasa dari 16-04-1984.
b. Kemudiannya pula, perkataan “Kuala Lumpur dan Labuan” digantikan dengan “Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya” oleh Akta A1095, perenggan 14(a), berkuat kuasa dari 01-02-2001.
Fasal (1)
a. Perkataan “dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan” yang terdapat
selepas “mahkamah tentera” dimasukkan oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari
01-02-1974.
b. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (2)
a. Perkataan “atau oleh mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah
Persekutuan” yang terdapat selepas “mahkamah tentera” dimasukkan oleh Akta A206,
seksyen 11, berkuat kuasa dari 01-02-1974.
b. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
c. Perkataan “dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan
yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas,”
dimasukkan oleh Akta A514, seksyen 2, berkuat kuasa dari 15-05-1981. Akta A514,
subseksyen 2(2), berbunyi seperti yang berikut:
“Apa-apa remitan kerana kelakuan baik atau khidmat khas yang dibenarkan oleh undang-
undang persekutuan dan yang diberi sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah
disifatkan sebagai telah diberi dengan sahnya”.
d. lihat nota di bawah Per. 42(10).

