Page 83 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 83
[Perkara 42] Perlembagaan Persekutuan 51
atau undang-undang Negeri bagi meremitkan, menggantung atau
meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan
oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh
mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang menjalankan
bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya, dan dalam apa-apa hal lain, kuasa itu
bolehlah dijalankan oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi
Negeri tempat kesalahan itu telah dilakukan.
(3) jika sesuatu kesalahan telah dilakukan keseluruhannya atau
sebahagiannya di luar Persekutuan atau di lebih daripada satu
Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan keraguan
di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud Perkara
ini kesalahan itu hendaklah dikira telah dilakukan di Negeri
tempat kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan
dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah masing-masingnya dikira sebagai suatu Negeri.
(4) Kuasa yang disebut dalam Perkara ini—
(a) adalah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh
Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang peruntukan
berkenaan dengannya boleh dibuat oleh undang-undang
persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 40;
(b) hendaklah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh
raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri, dijalankan
mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan
bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).
(5) Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri
hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua
Menteri Negeri itu dan tidak lebih daripada tiga orang anggota
lain yang hendaklah dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri;
tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat
cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga
itu kepada mana-mana orang lain, dan raja atau Yang di-Pertua
Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan buat
sementara fungsi mana-mana anggota Lembaga yang dilantik
olehnya yang tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya.
(6) Anggota-anggota Lembaga Pengampunan yang dilantik oleh
raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah dilantik bagi tempoh
selama tiga tahun dan layak dilantik semula, tetapi boleh pada
bila-bila masa meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga.

